Hafiz Suip Juara Galaksi Mania Pertama

Juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz mendapat undian 28 peratus, telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,19 Mei 2012. Wow, semakin bergaya kemenangan Hafiz kali ini.


Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekali gus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu. Kemenangan Hafiz telah diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi.

Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, memperolehi wang tunai sebanyak RM100,000.

NOTA: Murah betul rezeki Hafiz sekarang ini, tahniah dari blog ini pada beliau yang semakin menyerlah bakatnya. Harapan beliau tidak mudah lupa diri bila sudah semakin terkenal sekarang ini. Banyak duit tu, dekat setengah juta RM? Nak buat apa la agaknya duit tu lepas ni ye? Kalau kena pelaburannya, tak payah susah-susah menyanyi dah lepas nih :)


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 20, 2012

10 Komen:

  1. Tidak dapat menonton Mania akhir. Nanti menonton siaran ulangan. :-)

    BalasPadam
  2. x pernah tengok pun
    hmmm tau2 dh akhir yek

    tahniah buat hafiz

    BalasPadam
  3. suara mantap dia ni..tahniah

    BalasPadam
  4. hafiz memang kacak maa...tu pasal dia menang. haha..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah rezki di ammg murah.sukanya degar berita kemenangan ini

    BalasPadam
  6. artis yg lain pun hebat juga ya.

    BalasPadam
  7. salam
    hafiz memang bagus
    suara bagus, cara juga bagus
    tahniah untuk hafiz

    BalasPadam
  8. Awan nano itu pemenangnya :D Hehehe

    BalasPadam
  9. xdpt nk tgk sbb tgk bola..huhu

    BalasPadam
  10. cayalah Hafiz! Rejeki Awan Nano!

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog