Yuna Dengan Identitinya Tersendiri Berimej Tudung Kepala Di Amerika Syarikat

Ternyata walau ke mana beliau pergi identiti dan imej bertudung Yuna di kekalkannya tanpa mempedulikan tanggapan orang lain walau ada pihak yang pada mulanya agak skeptikal apabila melihat wanita bertudung di Amerika Syarikat.

Penyanyi Yuna sendiri amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan beliau boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian atau dikriminasi.




Sudah tentu, ini seolah tamparan hebat buat penyanyi tempatan yang malu membawa imej bertudung di dalam negara sendiri sedangkan ianya tetap di terima di negara luar. Inilah yang saya tekankan imej dan identiti sendiri perlu ada, bukan dengan meniru  barat konon kerana pasaran.

"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujar Yuna kepada mStar.

Yuna baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu. lagu Live Your Life yang dinyanyikan beliau mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.

Album pertama Yuna bertajuk YUNA bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York. Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 05, 2012

17 Komen:

  1. Inilah yg patut dicontohi
    tetap teguh dengan pegangan diri

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama05 April, 2012

    Mudah2an, lama kelamaan dia akan bertudung sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat.

    BalasPadam
  3. aku minat juga luna ni menyanyi

    BalasPadam
  4. siyes bangga dgn yuna! sokong dia as long as she's being true to herself!

    BalasPadam
  5. Kalau ada sponsor, boleh je pakai tudung lawo2 :)

    BalasPadam
  6. Sokong dengan semangat Yuna .. ^__^

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  7. Syukur beliau mempertahankan imej bertudung walaupun di negara orang.

    BalasPadam
  8. Yuna memang hebat ikon remaja wanita. Harap dia kuat iman

    BalasPadam
  9. Contoh yg baik utk semua wanita muslim...

    BalasPadam
  10. assalam, baguslah mcm tu...syariat perlu dipertahankan tdk kira di mana kita...

    BalasPadam
  11. minat sangat2 dengan si Yuna ni..suara bagus, imej pun bersih...bertudung lagi.. :)

    BalasPadam
  12. Salam
    Tahniah untuk Yuna
    Beliau memang yakin dengan apa yang dilakukannya

    BalasPadam
  13. yuna is the best.. memang sesuai jadi role model kepada para remaja..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah dan syukur.wajar kalau artis lain mencontohi beliau.

    BalasPadam
  15. sekarang image dia da jadi ikutan.. dulu ramai kondem..

    BalasPadam
  16. dulu labuh skit ni tinggal serkap jer heee

    BalasPadam