2 Hari Yang Cool Apabila SSM Punya Pasal

Salam semua, 2 hari yang cool di zulkbo.com setelah sekian lama blog ini bermasalah dengan Google. Sejak Google asyik mengemaskini dengan pelbagai yang barunya buat pengguna Blogger yakni blog blogspot, blog saya mengalami kejatuhan trafik masuk melalui carian enjin Google.

Selalu sahaja terpelanting entah ke muka berapa jika ada entry panas harian yang turut ditulis oleh blogger lain seluruh negara. Mood blogging memang jatuh merudum bila tengok trafik masuk yang kurang, kena pula bila periksa baki akaun Innity,  alahai ciput je yang dapat setiap hari.

Saya tak kisah sangat bab duit dari iklan-iklan yang saya tepek di sini, bukannya mencapai ribuan RM pun setiap bulan, tapi kalau ratusan RM perkara biasa buat blog yang mendapat peluang pengiklanan dari Innity ini. Tak caya tanya blogger lain yang ada Innity kan? Bulan-bulan masuk akaun, lepas juga bayar Broadband.

2 hari yang cool di sini walau ada satu entri yang agak panas. Ermm, sebagai blogger yang dah matang, saya menerima segala komen pembaca dengan hati terbuka. Apa guna menulis kalau takut membaca komen yang menyanggah tulisan dan pandangan kita kan? I' m a gentleman Bro! he he.




Berbalik semula apa yang cool di zulkbo.com selama 2 hari ini. Trafik tiba-tiba masuk mencanak sehingga mencecah 21,000 sehari bukaan halaman. Bukan dari entry baru, tapi entry lama, berkenaan Jadual Tangga Gaji Kakitangan Awam. Entry ini antara yang mendapat tempat di carian depan Google.

Nampaknya ramai kakitangan awam yang tercari-cari jadual  tangga gaji mereka rupanya. Untuk pengetahuan semua, setakat ini saya belum jumpa lagi mana-mana blog yang menulis tentang jadual tangga gaji SSM kakitangan awam sebab anda boleh semak sendiri di SINI melalui widget yang disediakan.

Jadi di sini saya memohon maaf jika ada yang kecewa setelah masuk ke halaman tersebut. Jadual tersebut adalah jadual sewaktu SBPA dikhabarkan akan digunakan, tetapi nampak gayanya kerajaan memahsuhkan SBPA dan kembali kepada SSM yang telah ditambah baik sistemnya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 06, 2012

17 Komen:

  1. Salam ok tu Zul :) blog kurang aktif trafik naik juga tahniah :) macam blog kawan juga jgn ketidak aje byk sgt urusannya kebelakangan ini :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      sibuk ke lain yang lebih
      berfaedah tap pe la Yassin..
      insyaallah rezeki tu nanti

      Padam
  2. berblogging mmg kene bersabar..kene time seo naik..mmg jdik top la.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nasihatnya..
      insyaallah saya sentiasa
      bersabar orangnya :)

      Padam
  3. tahniah sifu
    kome pun gitu jg dapat tempias la juga dari deme hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka amat koi dengar tu
      ada juga yang sama dapat
      hasilnya..blogging for
      sharing :)

      Padam
  4. Dapat tempias organic search bukan mudah bro. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki 2 hari nih..
      alhamdulillah :)

      Padam
  5. Salam
    Tahniah
    Kadang2 rasa pelik juga bila entri lama yang dikunjungi
    Menunjukkan pentingnya entri yang bermaklumat

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      betul sangat tu..banyak
      yang mencari maklumat di
      alam siber nih

      Padam
  6. Pehh...29K pageview tu mmg satu angka yg sedap mata memandang bro...tahniah n keep it up....koi jg tgh dok ngejo skg...tp x leh tuka domain selagi contest titan tu x habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..bukan selalu dia mengena..
      selebihnya terlepas manjang...
      he he..selamat bertukar domain dot com
      lepas nih Bro..alahai lepas tu nanti PR
      turun ke PR-0 sakit mata aok
      dalam sebulan dua nak dapat balik
      PR3 tu..he he..

      Padam
  7. tak lama lagi boleh challenge honeykoyuki la :))

    BalasPadam
  8. skang ni gugel tu kan sbg tempat bertanya maklumat, kalau salah tanya pon org x annoy....hehehehe

    BalasPadam
  9. wah.. 21k sehari? mmg dasyat la bro :)

    BalasPadam
  10. tahniah2. rezeki dr Allah utk orang2 yg sabar. rasanya memang masih ramai lagi k/tangan awan mencari maklumat yg tepat.

    BalasPadam
  11. sedap tu bro...mmg pandai betul bro memancing ikan he3..

    BalasPadam