Malaysia Ku Negara Paling Gembira Di Dunia Tempat 51

KALAU ANDA GEMBIRA TEPUK TANGAN
KALAU ANDA GEMBIRA HENTAK KAKI
KALAU ANDA GEMBIRA BEGINI LAH CARANYA
KALAU ANDA GEMBIRA BUAT SEMUA

Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji selIdik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara. Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

 
Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83. (myMetro)

Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan, penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia (walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan). Amerika Syarikat, selaku negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, diikuti oleh Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.

Ranking meliputi kajian tentang Kebebasan politik, rantaian sosial yang cemerlang dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan. Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting. Negara yang paling tidak bahagia di dunia ialah Togo.

NOTA: Seronok betul bila boleh nyanyi lagu GEMBIRA semasa dalam pengakap dulu. Lagu di ataslah yang akan dinyanyikan oleh kumpulan kami (Kumpulan ke-2 Jengka) tak kala perut tengah lapar menantikan juadah nasi berlauk sardin dimasak sewaktu berkhemah di hutan simpan Jengka satu masa dahulu.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, April 07, 2012

11 Komen:

  1. Bila pula hendak mendapat kedudukan no 1 pula?

    BalasPadam
  2. gumbira rasa hati bila tau berita sebegini :)

    BalasPadam
  3. Salam Zul, Kadang2 sajer bawak suka aje... dalam hati siapa tahu huhuhu....

    BalasPadam
  4. He3x!! Tetiba jer koi rase gembira, patut la punn...

    #Pernah camping kat Kem Mahkota kt Bandar pusat tu dulu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..Kem Mahkota..betul dah tu
      tahun berapa agaknya..kita nih
      sebaya je rasanya kan..?

      Padam
  5. assalam, patut negara Islam lah yg paling gembira...krn berada dilandasan yg betul....agama Islam agama yg diredhai Allah SWT.

    BalasPadam
  6. Tetiba teringat lagu pengakap... #eh

    Singapore Negara lebih gembira, bukan ke stress keje kat sana, asyikk kejeee jek... Hehehehe

    BalasPadam
  7. Semoga Malaysia terus gembira he3..

    BalasPadam
  8. Brunei yang makmur tu, rakyat dia tak gembira ke eh..hmmm..

    BalasPadam
  9. gue pun rasa gembira...
    harap kegembiraan terus di Malaysia..
    jauhi anasir 1 luar..
    eheheee

    BalasPadam
  10. salam
    apa pun masih ada rakyat yang tak gembira
    mereka nak tepuk tangan juga ke?
    atau hanya hentak kaki dan tepuk dahi je

    BalasPadam