Maid Indon Sekarang Harga Minima RM700 Untuk Satu Tugas Sahaja

Pada 30 Mei tahun lalu, kerajaan Malaysia dan Indonesia menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja pembantu rumah dan majikan mereka.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan. Pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri.

Indonesia hari ini mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia yang mana mereka hanya akan melakukan satu tugas yang khusus dengan gaji minima RM700. Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak. 

Oleh itu, mereka tidak akan menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya. Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indnonesia serta majikan Malaysia.(Sumber)


Disenaraikan empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu:
1-Tukang masak
2-Pengasuh bayi
3-Penjaga orang tua
4-Pengemas rumah

NOTA: Dalam erti kata lain, mana-mana majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing. Apa kata anda? Tepuk dada tanya poket ye? Kalau tak mampu, lepas ni kena buat sendirilah semua kan?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 16, 2012

15 Komen:

  1. Ini lebih meningkatkan profesionalitas kerja. bagus la....

    BalasPadam
  2. btul2..rakyat tmptan pon leh ceburkan diri.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat saya cadangan anda
      kalau dah gaji begitu kan..?

      Padam
  3. Sudah samapi masa ada pengkhususan.. baru kerjaya ini nampak profesional.

    BalasPadam
  4. memang setuju rakyat tempatan menceburi bidang nih
    tapi ramai x nak
    memilih keje

    BalasPadam
  5. Gaji dinaikkan tu ok la..
    Tp takat wat 1 keje jer baik x payah..
    Dah namanya pembantu rumah,tugasnya buat keje2
    rumah la..

    Makan minum n tempat tggal free..tgk tv manjang..
    Lepas 2-3 bulan lari ikut boipren!
    Yg rugi majikan jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama08 Mei, 2012

      Betul yg u cakap tu, saya nak tamatkan MBA 2 tahun, 3 bibik lari...kata x de handphone, tengok2 sampai 2, masak memang saya tak bagi, sebelum ke kelas kita masak, dia boleh tido 5x sehari, habis tempoh waranti, semua lari ikut kengkawan, cakap tak pernah masuk Malaysia, rupa2nye semua negeri ada sedara dia...

      Agen pulak kata nak ganti tapi nggak cukup biaya, kita punya percaya, perabihlah duit ASB tak cukup lagi duit tabung Tabung Haji pun korek, tapi at last sekali ngan Agen kat Indon pun lesap, habis gitu je duit berbelas ribu.Tak de la I nak kata semua bibik teruk, yg dapat ok alhamdulillah, setiap kejadian ada hikmahnya, redha je lah dengan ujian Tuhan.

      Padam
  6. Hmmm, makin menjadi2 la mereka2 itu.. Huhuhu


    Kdg2 Ada sendiket, dtg sini skadar utk dpt permit je, pastu lari dr majikan.... Apa2 pon, Terpulang kpd individu, nak amik ke x...

    BalasPadam
  7. Tugas pembantu rumah di naik taraf kepada tugas yang profesional.

    BalasPadam
  8. Pembantu rumah tempatan pulak macam mana, bro?
    Ada had gaji minima juga atau lebih banyak
    Biasanya banyak tugas yang mereka lakukan

    BalasPadam
  9. Nasihat saya Kerajaan Malaysia jangan layan cari alternatif lain

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama16 Mac, 2012

    Lama-lama sapa jadi majikan. Cublah cari alternatif lain.

    BalasPadam
  11. fuh!!!
    nk kaje part time la camni..
    hihihi

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, sy dn wife dh 4kali terkena dgn indon maid ni. Lastly kami decided ambik philipino muslimah maid. Alhamdulillah jauh lebih baik walaupun kena bayar permulaan lebih skit. Gaji 700 gak tp buat semua kerja. Kami boleh share info kpd sesiapa yg memerlukan hanafi3013@hotmail.com.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama06 April, 2012

    salam, ada tak sape2 pernah ambik maid filipina muslim? bagaimana dan sape ejen yang boleh dipercayai?

    terima kasih

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA