Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010-2011 Digunakan Untuk PRU13



Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan berlangsung pada bila-bila masa dalam tahun ini. Jumlah pemilih berdaftar untuk PRU kali ini, adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi. Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan. Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR ke atasnya.

Pada para pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahun berkenaan di atas, bolehlah menyemak maklumat pendaftaran mereka di talian 03-8885 6565 atau di laman web www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPRSEMAKNo Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 bermula tarikh 20 Mac 2012 nanti.


Sumber: Mstar

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 20, 2012

8 Komen:

  1. Terima kasih en.zul info yang sangat berguna...

    BalasPadam
  2. Salam
    Bulan lepas dah semak
    Semuanya dalam keadaan biasa

    BalasPadam
  3. Last semak ade la dlm 7/8 bulan yg lepas...kena semak skli lg...cuma kali ni agak jauh berbanding yg lalu...

    BalasPadam
  4. dah semak dah hari tu guna online .. ^__^

    p/s : Nak tanya, isu google tak indek entry baru berlaku lg, zulkbo perasaan tak ?

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp..saya ada perasan juga
      mood nak blogging jadi menurun
      bila asyik kena begini :(

      Padam
    2. Tu la, entry yg dua hari lepas, baru terindeks semalam. Rasa sedih gak ... :(

      www.anastasyea.com

      Padam
  5. saya sudah buat semakan dan akan mengeluar mengundi apabila tiba pilihan raya nanti. :-)

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama22 Mac, 2012

    buatlah pilihan bijak pada pru-13 nanti...

    BalasPadam