Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tempoh Sah Laku Dilanjutkan Sehingga 30 April 2012



Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.

"Tempoh lanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru. Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April,"(BERNAMA)


Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam sejak awal tahun ini seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.

Sehubungan itu, Datuk Seri Khaled juga berkata, semua kedai buku yang menyertai program ini dikehendaki menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac 2012 depan sahaja.


NOTA: Pada semua yang telah mendapatkan baucar tersebut, silalah cepat tukar kepada buku-buku yang diingini. Mrs saya sendiri masih belum tukar baucar tersebut, kerana stok buku yang diingini masih belum ada dalam simpanan Koperasi Buku UIAM. Ada krisis juga dengan Koperasi Buku di sana, tak perlulah saya ceritakan di sini. Harapan krisis dalaman itu dapat diselesaikan secepat mungkin.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 26, 2012

7 Komen:

  1. Salam Zul, eloklah dilanjutkan semoga mereka yang terlibat dapat memiliki buku yang mereka inginkan.

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Memang patut dilanjutkan. Mungkin masih ada yang tak sempat nak guna lagi tu..

    p/s: Dah 2-3 hari tak blogging dan blogwalking. Blog ni makin ceria la.

    BalasPadam
  3. Sangat beruntung siswazah diberikan baucer buku. Kalau zaman saya dahulu berkongsi duit membeli buku rujukan.

    BalasPadam
  4. salam
    harap2 juga tak ada lagi kes tukar baucher dengan duit segera

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama27 Mac, 2012

    Alhamdulillah dilanjutkan. Anak saya pun masih belum menukarnya.

    BalasPadam
  6. yessss.... sempat la nak bercuti sambil membeli buku... heheheh

    BalasPadam