Sukanya Saya Dapat Duit Dari Blogger Wanita

Salam semua, kata orang kadang-kala gatal di tangan tandanya nak dapat rezeki yang datang menggolek, itulah yang saya dapat semalam. Gatal di tangan ini, asalnya sebab saya menggunakan Domain Pop Up untuk periksa 'backlink' blog saya yang sudah lama saya tidak periksa. Anda juga boleh mencuba di pautan yang saya berikan di atas.

Dalam banyak-banyak 'backlinks' yang saya dapat itu, majoritinya adalah 'links nofollow' dari blog berplatform Wordpress menjadikan saya tak berapa nak senyum. Patutlah PR blog tak naik-naik? Apa pun, apa nak dikesah kan, itu hak mutlak Google.  Berapa dia nak kasi pun saya terima sekarang, asalkan blogging tetap blogging (free) he he.


Link dari blog Blogger Wanita ini menjadikan saya tersenyum semula, kerana bukan sahaja linknya 'dofollow' tetapi beserta dengan hadiah kemenangan saya sebagai pengkomen terbanyak bulan Julai 2011. Punya lah lama baru nak perasan..he he, dan saya bertanya empunya blog (Aya, seorang doktor);



Tuah ayam nampak di kaki (betul ke?) Tuah saya ada di 'backlinks', rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Terima kasih buat Blogger Wanita yang baik hati, anda semua dijemput ke sana memeriahkan blog beliau. Ada pelbagai kisah suka duka seorang doktor wanita (bujang) di hospital.

Jangan lupa meninggalkan komen-komen anda di sana, mana tahu satu hari nanti anda juga akan mendapat hadiah dari beliau. Walaupun hadiah wang ringgit bukan pengukur sebenar ikatan ukhwah sesama blogger, tetapi tanda terima kasih beliau menjadikan saya terasa teruja sangat(1st time menang hadiah dari blogger).


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 18, 2012

13 Komen:

  1. Tanniahlajh bro dapat hadiah tunai. :-)

    BalasPadam
  2. tahniah sifu
    nasib boleh claim lagi hehehe

    BalasPadam
  3. Wow ! ... rezeki tu broo ... bolehlah kena nasi kandar malam ni ... hehehehe :D

    BalasPadam
  4. tahniah.....rezeki tuuuu...:)

    BalasPadam
  5. Doktor, bujang... hehehe. Pakej sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana Cikgu yang bujang bolehlah
      mencuba nasib..he he..mana tahu
      dapat tuannya :)

      Padam
  6. Aiseh lamanya baru tuntut!.. kalau tak mahu kasi la kat Saya :D

    Post Terbaharu saya - Dividen 6 Peratus Terhadap Caruman KWSP 2011!

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM50 kalau beli top up
      pun tahan 2-3 bulan ni
      he he :)

      Padam
  7. Wahh, rejeki jgn ditolak, musuh jgn dicari... Tahniah2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu..rezeki di tolak
      "menangis" rezeki tu nanti..susah
      dah nak datang lagi :)alhamdulillah..

      Padam
  8. rezeki tuh bang... syukran2x...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA