Siaran Langsung Debat Politik Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek

Dua tokoh politik  masyarakat Cina di negara ini iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur .


Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy And Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti  iaitu MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi. Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai.

Debat tersebut dijangka berlangsung selama sejam. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 17, 2012

20 Komen:

  1. Debat kalau ada perubahan lepas tu ok lah.Tapi kalau lepas debat tak ada tindakan apa2 baik jgn buat.Betul tak bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undi kaum ini juga penting buat masa depan negara
      pasti PM kita akan dengar sedikit sebanyak permintaan
      atau luah kesah kaum ini..tapi agak menarik kerana
      mereka berani tampil face to face..bagaimana pemimpin
      bangsa kita yang khabarnya jua di cadangkan membuat
      debat politik juga sebelum ini tapi masih tiada jawapan

      Padam
    2. dari pengalaman lampau,mereka akan sokong kerajaan jika ia member manfaat kpd kaumnya.. sudah banyak isu yg jadi teladan..terkini adalah isu 'Interlok'...

      Padam
  2. menarik ni
    tapi biarlah ada tindakan selepas tu, betul kata Azman tu

    teringat debat anwar dgn sabri dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik, tapi jangan lupa
      sediakan air..tidak, berbuih juga
      mulut nanti :)

      Padam
  3. Rajin dia orang ni berdebat sekarang ni. Mudah2an ada hasil dari perdebatan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah semua pakat cakap sendiri betul maka
      cara terbaik adalah bersemuka dan berdebat
      yang lain keputusan terletak pada yang
      mendengar untuk menilainya :)

      Padam
  4. Salam zul, berdebat ok jangan nyer beramuk sudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      he he..sembang molek-molek
      jangan bertumbuk udah kan?

      Padam
  5. rasanya debat tersebut tidak menambah undi kpd BN ponn..percayalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka melihat bila akhir
      debat itu nanti baru nak komen
      pasal kesannya ke atas undi BN

      Padam
  6. Balasan
    1. Kebaikan seluruh rakyat
      bukan hanya segelintir

      Padam
  7. Bosanlah berdebat kerana buang masa, buang tenaga, buang air liur. Sebaliknya saling nenunding jari. Apa yang kita mahukan adalah nasib rakyat terbela. Sedap lagi sembang politik kedai kopi.

    BalasPadam
  8. Wow ! ini panas ni ... mesti diaorang fight gila-gila punya ni ... fight cakap tak per jangan sampai kaki tangan naik ... rasanya kaki tangan akan naik tu nanti ... percayalah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..tak kut?
      semua dah besar tu :)

      Padam
  9. salam
    terpaksa tunggu berita je
    astro tak ada, youtube pula broadband slow
    huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      itulah yang terbaik..lagi pun
      tengok updated di laman blog
      pun cepat Bro..blogger ramai
      sekarang nih :)

      Padam
  10. berdebat dlm bahasa Cina..? Bahasa Melayu..? translate saje, begini la nasib bahasa kebangsaan... tu ler, Melayu gaduh sgt, harap dpt ambil ikhtibar...

    BalasPadam
  11. Sudah berdebat, ayuh kita fikirkan.. Mana yang betul mana yang salah tak penting. Takkan bangsa melayu masih mengamalkan politik hentam menghentam lagi. Tak berani berdebat live camtu. Asik bagi alasan je.. Pilihanraya dah dekat. Ramai-ramai buat pilihan.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA