Kedai Siswa 1Malaysia (SiswaSave) Untuk Warga Kampus


Kedai Siswa 1Malaysia (SiswaSave) merupakan salah satu program kerjasama oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Koperasi Usahawan Siswa (Kosiswa) di 13 universiti di Malaysia. Dengan tagline “Daripada Mahasiswa untuk Komuniti”, SiswaSave merupakan alternatif kepada warga kampus bagi mendapatkan keperluan harian pada harga yang menjimatkan sama seperti di tawarkan oleh Kedai 1Malaysia.

Lima lagi Kedai Siswa 1Malaysia (SiswaSave) telah siap untuk beroperasi di lima universiti awam, antaranya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain UIAM, Kedai SiswaSave di Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga bersedia untuk memulakan operasi.

Manakala Kedai Siswa 1Malaysia juga dalam perancangan akan di buka di 8 lagi Universiti seluruh negara dalam masa yang terdekat. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman blog http://kosiswa.crystalicious.com.my atau http://www.facebook.com/kosismaberhad untuk info perkembangan terkini Kedai Siswa 1 Malaysia (SiswaSave).


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 17, 2012

18 Komen:

  1. Hehehe. Ni macam Kr1m ka? Atau koperasi?
    Macam2 usaha kerajaan ye. Harap2 harga murah, kualiti terjamin. Ada yg mengeluh kualiti barang2 di kedai rakyat 1 malaysia tak capai standard :D


    ps: Jemput bro join lucky draw mudah di blog saya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya nak ada logo sekarang..he he
      tak pe lah janji dari rakyat untuk rakyat
      konsep demokrasi :)

      Padam
  2. huh ada jugak
    ingatkan kedai dan menu rakyat je
    untuk budak U pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha..lepas nih pusat asuhan
      pun nak buat juga weh..tunggu
      hari je tu :)

      Padam
  3. Untungnya... Ye la kan skang ni brg semua mahal2, mg langkah krjaan dpt membantu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..lepas nih budak U
      jangan bazir ke lain pula duit PTPTN
      beli iphone bagai..yang kerja gaji
      RM5 K pun berkira nak beli iphone nih :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Maktab tak de lagi..sebab
      confirm gurukan warga gomen
      lepas tu he he..

      Padam
  5. Baguslah ada kedai macam ni untuk warga kampus.

    Post Terbaharu Saya - 3 Bank Menaikkan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 1 Mac 2012

    BalasPadam
  6. Bagus juga untuk siswa-siswi....boleh jimat,jgn nak lawan kedai rakyat 1 m dah lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. produk yang di jual mungkin
      tak sama dengan KR1M saya rasa
      takkan nak jual minyak masak
      dan beras kan?warga kampus tak
      boleh masak dalam asrama

      Padam
  7. ini koperasi ke kedai buku ye? hehe

    syukran atas maklumat nya ya akhi Zulkbo :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Koperasi universiti..ada jual
      buku juga rasanya :)

      Padam
  8. jadi pelajar skrg byk kerajaan yg bantu berbanding masa saya beljar dulu sndri2 jer huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman berubah..kos hidup
      naik mendadak..harapan membantu
      mak ayah pelajar juga nih :)

      Padam
  9. Salam
    Untung siswa siswi sekarang ni
    Macam2 disediakan untu mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      begitulah nampaknya..jauh berbeza
      zaman kita belajar dulu cikgu :)

      Padam
  10. Kalau harga berpatutan ramai mahasiswa akan beli kena pasti harganya lebih rendah. Mahasiswa zaman sekarang agak cerewet didalam membeli barang. :-)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA