Penggunaan Dakwat Kekal Untuk Pilihanraya Telah Diwartakan

Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13), berkuat kuasa semalam setelah diwartakan pada 13 Feb lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Penggunaan dakwat ini bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari lalu memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.(BERNAMA)


Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Malaysia. Mereka yang layak mengundi apabila mendaftar untuk mengundi di pusat-pusat mengundi nanti, akan dicalit dakwat kekal ini di jari telunjuk kiri.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 16, 2012

19 Komen:

  1. Buat jugak ok lah tu...

    BalasPadam
  2. macam Mesir cukupppp~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang cukupnya
      kat Mesir tu..cer
      kongsi sini..he he

      Padam
  3. moga berjalan dgn tulus dan mulus

    BalasPadam
  4. Harap Harap EC akan guna dakwat kekal semasa pilihanraya yang akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konfirm akan gunakan untuk
      PRU-13 nanti..dah diwartakan..
      jadi telah menjadi undang-undang

      Padam
  5. Kenapa tidak digunakan inai sudah tentu suci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm...mungkin ada sebab
      yang telah di kaji sedalamnya
      sebelum ini..tidak dinyatakan
      pula ?

      Padam
    2. sbb dakwat yg digunakan berlainan warna....undi awal lain undi biase pon lain salah satu ciri2 keselamatan....

      Padam
  6. Salam Saudara Zulkbo,

    Mudah2an semua berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Kak..
      begitu jua harapan besar
      dari saya sebagai warganegara

      Padam
  7. fuh..1st time nak mengundi nih :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menunaikan tanggungjawab
      sebagai warganegara..undi adalah rahsia!
      betul ke..?

      Padam
  8. Salam
    Nampaknya PRU nanti, dapatlah kita tahu siapa yg pergi mengundi dan siapa pila yg abaikan tanggung jawab sebagai rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ha ha..yang malas nak ngundi tu
      calit ubat biru kat rumah je la..
      he he...

      Padam
  9. Emm ... berapa lama dakwat ni boleh bertahan ? ... mungkinkah sebulan dua akan hilang dakwat dari kulit kita ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini saya tak pasti Benjy..
      rasanya pasti mengambil masa
      juga nak hilang dari jari

      Padam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA