Dividen 6 Peratus Untuk Pencarum KWSP 2011


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad 19 Februari 2012, telah mengumumkan kadar dividen 6.0 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun kewangan 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar KWSP sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan, diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain.(Bernama)

Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987. Pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 19, 2012

18 Komen:

  1. oklah tuh,,,, huhu..nak buat macam mana,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..kira banyak juga 6% ni kalau
      nak di ikutkan ekonomi yang tak
      berapa baik sekarang nih :)

      Padam
  2. Berita baik untuk pekerja swasta macam saya. Ada peluang tambah lagi pelaburan ke unit-unit amanah nanti. Strategi Serampang dua mata. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menambah pelaburan..
      ke Unit Trust ke bro..?

      Padam
  3. Balasan
    1. Skim pencen erk..?
      saya ada lagi nih..
      kerja swasta :)

      Padam
  4. Banyak gak tu =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  5. 6% kira oka lah kut
    dapat juga
    hehehe

    BalasPadam
  6. http://wanwidget.com/
    banyak ni

    BalasPadam
  7. alHamdulillah
    bermanfaat utl semua rakyat yg berkerja ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki bertambah nampak gayanya..
      Alhamdulillah :)

      Padam
  8. Tiap2 tahun makin naik nampaknya pemberian dividen nih...pasti ramai yg tersenyum lebor...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senyum..jangan tak senyum..
      6 persen tu..kalau ada RM100k
      dah dapat RM6 k..memang senyum
      la la..

      Padam
  9. saya mohon tuan zulkbo sudi menyumbang 1% dividen ke dlm akaun kwsp saya.. :-)

    -strikerbuncit-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woitt..apa khabar Bro..?
      setakat nak pekena kepala ikan
      boleh je kita :)

      Padam
    2. tu la..sjk pertama kali kenal dlm PCC..msih belum ketemu kita..tp kalo dpt pekena kepala ikan,mmg mantap!..hehe

      -SB-

      Padam
  10. Sebenarnya ni semua pancing undi je...kah..kah..kah

    BalasPadam