Panduan Menghormati Guru Di Sekolah



Salam semua, hari ini nak bagi pendidikan moral sedikit, bab menghormati guru/cikgu di sekolah. Entri ini sebenarnya sebagai panduan buat anak lelaki saya yang baru melangkah ke darjah satu tahun ini. Pada anda yang hendak ikut pun, tidaklah menjadi hal. Kerana menghormati guru, adalah salah satu cara untuk kita mendapat ilmu dengan lebih cepat dan di berkati  Allah.

Panduan Mudah Menghormati Guru Di Sekolah:
  1. Bila bertemu  atau bertembung dengan guru, berilah salam kepada mereka. Jika guru beragama islam, sebaiknya ucaplah "Assalamualaikum Cikgu". Kalau yang bukan islam, ucaplah " Selamat Pagi/ Tengah Hari/ Petang Cikgu".
  2. Ketika guru memasuki kelas, bersedialah mata dan telinga kita untuk mendengar apa yang ingin guru sampaikan.
  3. Setiap yang guru sedang mengajar , dengarlah dengan penuh sabar dan minat . Sekiranya tidak berminat , jangan mengganggu orang lain yang sedang belajar.
  4. Duduklah dengan sopan dan tenang ketika guru mengajar. Sekiranya mengantuk minta izin dari guru untuk ke tandas mencuci muka. Jangan tunjukkan muka bosan ketika guru  mengajar.
  5. Sekiranya ingin bertanya soalan, angkatlah tangan atau tunggu sehingga guru memberi peluang untuk murid-murid bertanya.
  6. Gunakan bahasa yang baik dan lembut ketika bercakap dengan guru. Guru sentiasa bersedia membantu menyelesaikan sesuatu masalah murid.
  7. Sekiranya guru memberikan teguran, terimalah dengan hati yang tenang. Malah ucapkan terima kasih atas sikap prihatin mereka itu.
  8. Sekiranya berhadapan dengan guru yang bersikap kasar dan keras, hendaklah kamu sabar. Jangan dendam atau marah terhadap cikgu, kerana  membenci guru akan menyebabkan kita susah mendapat ilmu dari mereka.
  9. Carilah kesempatan untuk berbuat baik kepada guru. Misalnya menyusun buku untuk guru, menolong membawa begnya dan sebagainya.
  10. Hargailah jasa guru setiap masa, meskipun mereka sudah tidak mengajar kita lagi, apabila terjumpa tetap panggil dengan panggilan "Cikgu".
  11. Berilah hadiah kepada guru pada masa yang sesuai, misalnya pada hari jadinya, pada majlis perkahwinannya, pada masa dia bersalin , Hari Guru dan sebagainya.
  12. Doakan guru semoga Allah SWT, memanjangkan dan memberkati umur guru supaya mereka dapat terus menyumbang bakti.

NOTA: Paling utama, merendah dirilah terhadap guru. Kita perlu merasakan sentiasa memerlukan guru untuk memberikan tunjuk ajar kepada kita. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan murid lain terganggu ketika guru sedang mengajar (contoh: membuat bising). Contohilah akhlak  Imam Syafie ketika belajar di hadapan Imam Malik, ada ketikanya sewaktu beliau membuka halaman bukunya, beliau membukanya dengan perlahan-lahan ketika takut mengganggu gurunya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 05, 2012

18 Komen:

  1. Menghormati guru untuk mendapat keberkatan. :-)

    BalasPadam
  2. jasa guru akan ku kenang sampai bebila...

    BalasPadam
  3. sesuai untuk diberi kpd anakanda2 saya yg sedang belajar...Thanks info menarik ini!

    BalasPadam
  4. rindu la cikgu kat sekolah dulu :)

    BalasPadam
  5. Kenangi jasa guru2 kita dan sedekah alfatihah pada yang sudah tiada amin.

    BalasPadam
  6. bagus panduan spt ini

    BalasPadam
  7. Salam,
    saya nak print dan tampal dalam kelas..
    :D

    BalasPadam
  8. tapi ramai murid x hormat guru dah
    ramai yg bersikap kurang ajar

    moga panduan ini menjadi ikutan semua

    BalasPadam
  9. thanks for the panduan ni bro. :)

    BalasPadam
  10. salam
    nasihat terbaik untuk seorang anak
    tahniah dan terima kasih, bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. hakim rashid:saya bangga ade guru mcm cg herdawati

      Padam
  11. Banyak sudah kes yang saya jumpa murid / ibu bapa yang tak menghormati guru mendapat balasan dalam berbagai-bagai bentuk - cash lagi!

    BalasPadam
  12. jadi, hormatilah guru-guru disekolah. :)
    Jangan nakal-nakal ye..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum..

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Bersedialah untuk diasuh oleh guru dan sebarang tegurannya jangan sampai bawa ibubapa bergaduh dengan guru..

    BalasPadam
  14. jadi, hormatilah kami semua ye. Hehe..

    BalasPadam
  15. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah,dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama07 Ogos, 2012

    guru: terimaa kasihku ku ucapkan, pada guruku yang luhur.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA