Semak Keputusan PMR 2011 Online Dan mySMS 15888




Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini, 22 Disember 2011. Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran pada Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan. 

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan selama seminggu mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian di www.moe.gov.my.

NOTA : Selamat menyemak keputusan anda dan semoga berjaya buat semua calon PMR 2011. Bagi  yang kurang bernasib baik jangan kecewa kerana masih ada peluang di lain masa.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 19, 2011

7 Komen:

  1. mudah zaman ni
    main sms je dah tau keputusan

    BalasPadam
  2. Allah, mintak2 lah 9A . Amin .

    BalasPadam
  3. Anak ckLah dah tak boleh tidur tak lalu makan tu...

    BalasPadam
  4. Mudah zaman sekarang ni.. :D

    Post Terbaharu Saya - Playstation Vita - Penyelamat Sony?

    BalasPadam
  5. salam
    yang berjaya tu tahniah
    yang gagal pula kena la usaha lebih lagi
    2 tahun tak lama tu dengan spm

    BalasPadam
  6. @@xiiinam

    Insyaallah keputusannya mesti cemerlang nanti doa dari saya

    BalasPadam