Selamat Menjawab Peperiksaan | PMR 2010 | Jadual Peperiksaan



Salam semua..hari yang mendebarkan bagi anak dara ku Zur' Farah Ain yang akan menduduki peperiksaan PMR nya bermula hari ini. Sudah bersiap sedia katanya, pejam mata pun boleh jawab..ayat penyedap hati sendiri..he he..Sebagai seorang ayah tidak lah dapat saya membantu lagi, hanya doa sahaja yang saya pohon dari Allah.Yang lain terserah pada tuan punya badan dan takdir Ilahi sahaja.


Buat para ibu bapa semua yang anak-anak mereka juga menghadapi peperiksaan PMR yang bermula hari ini, janganlah panik pula..di sini ada saya sertakan jadual peperiksaan seandainya mungkin anak anda terlupa dan sebagai persiapan sokongan dari kita para ibu bapa dalam menghadapi saat-saat terakhir ini. Almaklumlah bila dah panik .. hari ini nak mengadap subjek apa pun boleh terlupa..


Buat anak-anak yang lain sekalian, jawablah dengan tenang..tak perlu rasa takut, panik mahupun apa-apa.Mulakan dengan BISMILLAH..jawablah dengan tenang kerana setiap yang baik itu pasti di redhai Allah.Mintalah restu ayah dan bonda kalian, insyaallah di berkati.Wassalam.



    Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 05, 2010

    32 Komen:

    1. Salam Zulkbo.

      Didoakan agar Zur' Farah Ain ini diberi ketenangan semasa menghadapi peperiksaan dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.. amiin

      BalasPadam
    2. semoga adik zur farah ain mendapat kemudahan dlm menjwp setiap soklan.. amin

      BalasPadam
    3. Hhohoho! Manisnya anak dara sorang ni, semoga Farah berjaya menjawab soalan dengan mudah, insyallah dengan berkat ibu bapa, pasti boleh. Good luck dik :)

      BalasPadam
    4. salam..sy doakan anak bro zul berjaya ye..nnti leh masuk sek SBP atau MRSM...

      BalasPadam
    5. gud luck to anak farah...
      semoga tenang menjawab semua soalan2 yg diberi...

      BalasPadam
    6. Semoga berjaya...dan menjadi harapan ibu dan bapa..

      BalasPadam
    7. SAlam abg zul

      semoga Zur' Farah Ain berjaya menjawab semua soalan ngan baik

      BalasPadam
    8. Salam zul.. semoga Zur' Farah Ain dan anak2 kita yang memperolehi kecemerlangannya jua Insyaallah.
      "Usaha Tangga Kejayaan"

      BalasPadam
    9. moga2 anak2 yg menduduki ppriksaan pmr sentiasa tenang dlm usaha mrk utk menjwb soalan, amiinnnn

      BalasPadam
    10. salam zulk..makcik ucapkan selamat menempuhi peperiksaan PMR kepada Zur'Farah Ain semoga tenang menjawab soalan dan mendapat keputusan cemerlang nanti..
      betul zul restu dan doa i/bapa sangat penting dalam situasi ni..
      bila tiba keputusan nanti anak tak kecut perut yg takut emak dan ayah..hehe..makcik dan pakcik dah habis dah situasi tu..kini giliran orang2 muda pulalah..

      BalasPadam
    11. salams,

      salam ziarah.

      selamat berjuang anakanda Zur' Farah Ain .
      insyaALLAH kejayaan bakal mengiringi.Doa diiringi...Amien

      BalasPadam
    12. Semoga ALLAH beri Farah ketenangan dan terang hati menghadapi PMR...Amin

      BalasPadam
    13. Salam sdra...

      Semoga anak sdra tenang serta dipermudahkan dalam peperiksaannya...moga Allah kurniakan kejayaan buatnya...amin

      BalasPadam
    14. salam abg zul semoga farah selamat menghadapi PMR ye farah... buat yg terbaikkkk

      amin sama ngan adik angah

      BalasPadam
    15. wahai Farah, janganlah susah hati.. soalan sangat lah senang, sebab ianya sudah disediakan.. kamu hanya perlu mencari jawapannya saja.. hoho kalau tak dapat jawapan jugak, buat lah macam orang lain - sebutlah nama abahmu tiga kali.. haha

      BalasPadam
    16. anak saye pun periksa PMR..
      semoga dipermudahkan dlm peperiksaan itu nnt dan mendapat keputusan yg terbaik...aminn..

      BalasPadam
    17. wah..dah beso anak dara dia rupanya.. best of luck ye

      BalasPadam
    18. salam,
      Zur' Farah Ain, Semoga dapat menjawab exam dengan jayanya.

      BalasPadam
    19. semoga berjaya..........insyaalah....

      BalasPadam
    20. Semoga anak bro dapat jawab soalan PMR dengan baik dan mndapat result yg cemerlang..amin..:)

      BalasPadam
    21. semoga berjaya... insyaallah...

      gemuruh seorang ayah keadangkala melebihi anaknya..
      :)

      BalasPadam
    22. salam Zul..
      Sama-samalah kita tengok anak kita menduduki peperiksaan..aok anak perempuan koi anak bujang hehe..

      BalasPadam
    23. salam,
      semoga puteri bro zulkbo berjaya menjawab soalan dengan tenang dan sempurna sekali :D

      BalasPadam
    24. semoga beliau boleh menjawab dengan baik..

      biasa anak exam, ibubapa yg lagi risau.. betul ker? :)

      BalasPadam
    25. Salam zul,
      Semoga beliau lulus dengan cemerlang... amen.

      BalasPadam
    26. Salam bro.
      Wah, baru tau anak bro ada ambil PMR.
      Moga berjaya dunia akhirat :D

      Affan's latest entry "Kanada | Pengalaman Raya di Perantauan"

      BalasPadam
    27. Semoga berjaya buat puteri zulkbo :)

      New Entry ProfHariz
      Berkahwin Di Usia Muda Di Halang Ibu Bapa

      BalasPadam
    28. Aku doakan semuga anak bro sukses yg terbaik sekali utk PMR ni.

      BalasPadam
    29. semoga selamat semuanya... mudah, cepat dan betul semuanya :-)

      BalasPadam
    30. salam..
      sory lambat wish..
      Saya doakan Zur' Farah Ain dikurniakan hati yang terang semasa menjawab soalan2, kesihatan yang baik sepanjang PMR & mendapat keputusan yang cemerlang.

      BalasPadam

    PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA