SBPA-Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam : Muat Turun Salinan Anda Sendiri




Dalam Pembentangan Bajet 2012 tempohari, Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang akan menggantikan sistem sedia ada iaitu, Sistem Saraan Malaysia(SSM). Sistem baru ini dikenali sebagai  Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau  SBPA . 

SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi. Walau bagaimanapun, kakitangan awam masih boleh memilih sama ada ingin menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sebagai kakitangan awam yang masih berkhidmat, anda berpeluang membaca dan mengkajinya sendiri, mana satu pilihan yang sesuai demi masa hadapan kerjaya anda. Langkah dengan menyimpan salinan anda sendiri adalah satu cara terbaik untuk anda jadikan rujukan pada masa hadapan.

Dokumen berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi seperti yang disenaraikan pada pautan ini. Anda dinasihati agar mengakses dan memuat turun dokumen SBPA melalui laman web agensi masing-masing. Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 12, 2011

2 Komen:

  1. salam
    elok sangat tu
    boleh baca betul2 nanti biar puas hati

    BalasPadam
  2. @tehr

    W_salam..
    kira beruntung banyak kakitangan awam
    ada peluang kenaikan gaji..saya ni kerja swasta..ermm..jangan cerita lah nak kena tunggu mood boss..he he

    BalasPadam