Di Hukum 2080 Kali Sebatan Kerana Merogol Anak Kandung



Seorang bapa dari Arab Saudi di jatuhkan hukuman sebat 2,080 kali oleh mahkamah Arab Saudi kerana di dapati bersalah merogol anak perempuannya selama 7 tahun mengikut undang-undang syariah di sana.

Walaupun si bapa mengatakan beliau melakukan sedemikian atas pengaruh dadah dan tidak sedar semasa melakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran buat semua orang di Arab Saudi.

Menurut sumber polis, tertuduh ditangkap oleh seorang bapa saudara kepada anak gadis tersebut setelah siasatan awal. Walau bagaimana pun tidak dinyatakan identiti bapa tersebut. (msn.com)

NOTA : Kalau dah 2,080 kali hukuman sebatan yang di jatuhkan, saya pasti umpama hukuman mati juga kepada si bapa yang tidak bertanggung jawab tersebut. Sebagai pengajaran buat kita semua, agar menjauhi dadah contohnya, punca segala maksiat. Apabila nafsu mula mengatasi akal manusiawi, maka jadilah seperti haiwan dan tidak dapat membezakan mana yang halal dan mana yang haram.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 12, 2011

17 Komen:

  1. Alangkah moleknya kalau hudud diluluskan
    di Malaysia. Menanggung azablah bagi mereka
    yangmenentang hukum Allah..


    Latest Post:
    Semakan Keputusan Peperiksaan November 2011 IPGKTAA

    BalasPadam
  2. salam
    yang salah tetap bersalah
    moga menjadi pengajaran untuk semua

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Allahu akhbar, jika dijalankan hukuman itu sekaligus mungkin boleh membawa kepada maut jika ajalnya sudah sampai.

    BalasPadam
  4. 2080 sebatan....xtau la camne rupa....tengok yang 20sebatan pun dah ngeri...


    samalah kita jauhi dadah dan maksiat..

    BalasPadam
  5. @ahsfantasy24

    Hukum hudud dan qisas adalah hukum Allah yang terbaik buat semua golongan
    dan bangsa..yang hairan ramai orang islam sendiri menolaknya :(

    BalasPadam
  6. @tehr

    W_salam..
    betul..harapan jadi pengajaran
    buat kita semua yang hidup dalam
    dunia penuh pancaroba nih

    BalasPadam
  7. @Abd Razak

    W_salam wbt..
    Alhamdulillah..saya sihat, harapan saudara juga begitu hendaknya..

    Moga jadi pengajaran buat kita semua

    BalasPadam
  8. @jedi

    Sesama kita jauhi dan hindari gejala maksiat dan dadah..terima kasih kerana bersama saya :)

    BalasPadam
  9. Sejak kebelakangan ini banyak isu seperti ini berlaku. dan benjy percaya yang dilaporkan sedikit berbanding yang tidak dilaporkan ...

    BalasPadam
  10. 2080 sebatan ... ADUHhh ! dashyat tu ... menderita nya lebih baik hukuman bunuh je tak lah terseksa sangat.

    BalasPadam
  11. Dadah adalah bahaya memang betul ia boleh meransang seseorang bertindak diluar dugaan ... jauhi dadah ...

    BalasPadam
  12. kesiannya anaknya selama 7 tahun kena rogol ayah ... satu penderitaan yang panjang akhirnya berakhir juga tetapi anaknya pasti menderita mental ... kesiannya juga tu ...

    BalasPadam
  13. Ya Tuhan jauhilah hamba mu ini dengan perkara2 seumpama itu , amen.

    BalasPadam
  14. 2080 kali sebatan mahu lunyai si pesalah dihukum.

    BalasPadam
  15. Kalau di Malaysia ada hukuman macam ni...pasti kejadian rogol dan segala betul kejahatan tidak akan terjadi...semua rakyat hidup aman dan bahagia...

    BalasPadam
  16. @zulkbo

    Memang setuju jika hudud dilaksanakan, rakyat Malaysia akan sejahtera

    BalasPadam
  17. Memang super banyak tu, 2080 sebatan.
    diMalaysia, baru nak sebat kerana kes minum arak dikhalayak ramai pun, sultan masuk campur. apa nak jadi.....

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA