Petua Orang Lama Saya Kongsikan





HALAU DAN ELAK LALAT:
Jika di dapur anda banyak lalat yang berterbangan petua orang lama ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan dengan air sejuk pun tak mengapa. Biarkan ianya terdedah kepada udara ruang dapur anda. Lalat akan terbang keluar dengan sendirinya.



GULA MELAKA AGAR TAHAN LAMA:
Gula melaka selalunya tidah bertahan lama kalau kita biarkan terdedah menjadikan ianya cepat berbau malah cepat busuk. Petua, taburkan sedikit tepung gandum ke atas gula melaka tadi yang di simpan di dalam bekas kedap udara. Insyaallah, akan tahan lama gula melaka anda.



MENGHILANGKAN KUNING KUNYIT HIDUP:
Bukan menghilangkan terus dari muka bumi..he he, sekadar menghilangkan warna yang melekat di tangan anda. Ambil secolek kapur makan sapukan di tangan ada dan basuh dengan sabun bersama air suam. Saya yakin anda akan berpuas hati melihat hasilnya. Selamat mencuba.







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 15, 2011

24 Komen:

  1. Salam Zul..
    yang paling penting cara nk hilangkan kuning kunyit..sy suka guna kunyit hidup..jadi dah tahu cara nk hilangkan..

    terima kasih!

    BalasPadam
  2. Boleh diamalkan petua pertama untuk menghalau lalat.

    BalasPadam
  3. kalau kapur makan habis... boleh jugak menggunakan kapur barus... hahaha

    BalasPadam
  4. hok halau lalat tu boleh dibuat terus nih
    tq sifu

    BalasPadam
  5. Salam, terima kasih berkogsi petua.. bagus nie boleh diamalkan TQ.

    BalasPadam
  6. salam
    tq zul...petua cengkih tu saya tak tau pun.

    moga byk lg perkongsian dpt menambahkan ilmu saya dr blog awak.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kongsikan petua. Paling seronok tentang petua halau lalat tu. Sangat mustahak.

    BalasPadam
  8. salam en Zul.

    menarik jugak bila di ulang lagi petua lama..penah dengar tapi ingat2 lupa...malayu mudah lupa....terimakasih atas perkongsian

    BalasPadam
  9. saya suka petua hilangkan warna kunyit tu. nanti nak cuba. yang halau lalt tu pun, kalau ada daun kari, taburkan je atas meja ... lalat kurang juga insyaAllah

    BalasPadam
  10. Gula Melaka boleh ngepong buat mcm cekelat..

    BalasPadam
  11. @nyanyisunyi

    W_salam..
    semoga berjaya mempraktiskannya
    :)

    BalasPadam
  12. @akubiomed

    Ramai yang tak tahu sebelum
    ni..bolehlah di cuba Bro..

    BalasPadam
  13. @dkama


    Degan kapur barus..berbau tangan pula..susah nak hilang nanti

    BalasPadam
  14. @Anak Ulu Cheka

    Bolehlah cuba nanti..kalau tak jadi..memang lalat pun dah lali lah jawabnya..he he

    BalasPadam
  15. @akuanakpahang

    Selamat mengamalkannya..
    koi buat memang jadi mende ni..harap aok pun buat jadilah ye..?

    BalasPadam
  16. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    W_salam..
    boleh lah cuba LM..
    masak apa pakai kunyit
    hidup tu..setahu saya
    kalau berpantang makan
    gitu je kunyit ni kan?

    BalasPadam
  17. @Kunang-Kunang

    W_salam..
    bab halau lalat ni lah
    yang banyak orang tak tahu
    sekarang dah tahu..bolehlah
    cuba ye..?

    BalasPadam
  18. @ainhany

    W_salam Puan..
    bab melayu mudah lupa tu
    buat saya tersenyum sekejap..
    he he..

    BalasPadam
  19. @klcitizen cikgunormah

    Bab daun kari tu saya baru tahu
    terima kasih penambahannya..tapi kalau
    lalat dari India saya rasa pasti dia suka bau kari..he he

    BalasPadam
  20. @relevan

    Ha ha..kecik-kecik
    dulu koi pun suka gitu
    weh..tak sempat mak nak
    buat kueh..he he

    BalasPadam
  21. Assalam..
    Biasa buat petua hilangkan kunyit je..
    Yang lalat tu, boleh dicuba tapi jarang lalat dapat masuk dalam rumah sekarang ni...
    Terima kasih..

    BalasPadam
  22. @iza

    W_salam..
    hebat anda..hidup tanpa lalat
    ye selama ini..ermmm.. :)

    BalasPadam
  23. salam
    bagus juga cara halau lalat tu
    senang dan mudah

    BalasPadam
  24. Inilah ilmu yang amat berguna tetapi kini semakin dilupakan..Terima kasih atas usaha murni anda memberikan petua yang berguna untuk masyarakat...

    BalasPadam