Anda Peminat Rock? Ini Gambar Rockers Sebelum Mereka Popular

Salam semua, bila duduk sendirian begini terkenang pula kisah zaman remaja. Kisah sewaktu tengah berhantu dengan irama rock kapak dahulu. Bukan sahaja kumpulan rock tempatan yang di gilai seperti MAY, Wings dan Search tetapi juga kumpulan rock dari luar negara. Di sini saya ingin berkongsi gambar sumber dari Yahoo tentang penyanyi rock dulu-dulu buat tatapan anda semua.



Vince Neil sewaktu beliau remaja dan  gambar di kiri itu adalah sewaktu beliau masih belajar di kolej tahun 1977. Gambar di kanan pula adalah wajah beliau sekarang. Vince Neil adalah penyanyi utama kumpulan rock terkenal Motley Crue.



Gambar Kirk Hammett juga di tahun 1977 sewaktu belajar di High School, Richmond California. Sekarang beliau adalah gitaris utama kumpulan Metalicca. Anda pasti ingat lagu popular "Enter Sandman" kan? Hasil petikan gitar dari beliaulah dan beliau masih aktif hingga kini.
 


Penyanyi Alice Cooper sewaktu remaja pada tahun 1966 dan gambar kanan sewaktu beliau tengah popular menyanyikan lagu " I am Eighteen". Realitinya saya kurang berminat dengan lagu dan solekan oleh Alice Cooper ni, dah macam hantu pun ada rupanya..he he.



Tommy Lee, adalah bekas suami kepada Pamela Anderson. Tommy Lee sewaktu belia agak berisi sedikit. Gambar kanan sewaktu beliau tengah popular dan agak kurus kering. Tommy Lee adalah pemain drum kumpulan Motley Crue.


NOTA: Sekadar mengimbau kenangan lama, tanpa silam tiadalah hari ini. Sedangkan pasir di pantai lagikan berubah di pukul gelombang, inikan pula manusia kan? Alhamdulillah, sekadar meminati irama muzik dendangan mereka semua ini sahaja, saya tetap berusaha menjadi seorang insan. Buat adik-adik di luar sana, walau apa pun yang kita suka atau puja, biarlah mengikut norma dan adat serta susila bangsa. Yang penting, agama jangan lupa. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 13, 2011

24 Komen:

  1. kirk hammet macam gadis la pulak masa muda..hehe

    BalasPadam
  2. Metallica mmg aku suka ngan Nirvana..Tapi sekadar suka lagu je la...Xde sampai nak tampal poster sana sini...hehehehe

    BalasPadam
  3. lain betul wajah2 mereka semua masa muda. kebanyakannya 'innocent' je.

    BalasPadam
  4. klakar pulak tengok gambar Kirk Hammett... hahaha...



    PEACE...

    BalasPadam
  5. @cikgu Naman

    Muda belia lagi masa tu..nampak pun macam budak..he he

    BalasPadam
  6. @jedi

    Samalah saya..layan muzik sahaja..yang lain jangan

    BalasPadam
  7. @dkama

    Rock Bro..he he..lama tak singgah? rocker sepanjang zaman my friend :)

    BalasPadam
  8. Layan lagu je en.zul tapi x de la fanatik sangat..

    BalasPadam
  9. @Amy Syaquena

    Begitulah sebaiknya..
    tak sangka juga orang
    pompuan pun suka ye..he he

    BalasPadam
  10. Ya Allah, dah mcm hantu jer rupanya.. huduh..

    yg lelain tu boleh lah diterima..


    saya sebenarnya hanya kenal tommy lee dr kumpulan motley crue.. tgnnya penuh bertatu kan...

    BalasPadam
  11. @kakyong

    Tommy Lee dan tatoo nya..
    trademark beliau tu..jangan
    jadi ikutan pula yang lain
    haru biru..he he

    BalasPadam
  12. pic mikail tak der ker heee

    BalasPadam
  13. wajah2 diats sy kurg kenal tapi klu xpdc mmg kenal hee sb lagu depa mmg zaman sy bljar dulu heeee

    BalasPadam
  14. Salam Zul tak brapa melayan rock nie :) keknya lagu2nya ttp melayan :)

    BalasPadam
  15. tak kenal semuanya..sebab tak berapa reti layan rock..hehe

    BalasPadam
  16. Assalam...
    Saya langsung tak minat dengar lagu artis rock dari luar...sekadar sekitar Asia je..
    Mungkin dari kecil dah disekat kot untuk dengar lagu2 rock ni...

    BalasPadam
  17. huyoo.. Montley Crue..!

    BalasPadam
  18. Masa sebelum rock, muka bersih je....lepas dah menceburi rock, muka macam tak siap..hehe

    sekadar komen...;-)

    BalasPadam
  19. @cikgu Naman Skema betul rupa wajah Kirk Hammet, :-)

    BalasPadam
  20. salam
    kita ikut dengar lagu je
    jangan ikut perangai mereka

    BalasPadam
  21. @ahmad kamil

    Ha ha..bila dah rock tu
    apa pun boleh jadi..he he

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA