Alat Sulit Putus Di Gigit Tikus Menyebabkan Seorang Lelaki Mati


 
Tikus di India ada yang di beri makan dengan penjagaan yang mesra.

Salam semua, ingin berkongsi kisah yang saya baca berkenaan seorang lelaki yang alat sulitnya putus di gigit tikus di sebuah hospital di India. Lelaki tersebut akhirnya mati kerana kehilangan banyak darah. Anda bayangkan, tahap kebersihan di sana sehingga tikus bebas berkeliaran di dalam hospital sehingga  sampai ke tahap menggigit alat sulit lelaki tersebut. Satu lagi punca, berkemungkinan  tikus tersebut terlalu lapar  agaknya? Macam-macam boleh berlaku, jom layan kisah ini:

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
   
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
   
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita di India.
 Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.- Bernama


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 24, 2011

14 Komen:

  1. haru2
    guane tikus sampai ke situnye gigitnye :)

    BalasPadam
  2. Sallam,

    Macam-macam,
    lucu pun ada rasanya,
    Sampai begitu sekali rendahnya
    tahap kebersihan di hospital sana yee..

    BalasPadam
  3. @Anak Ulu Cheka

    Heran juga..dalam banyak mende..kat situ juga dia nak gigit kan..?

    BalasPadam
  4. @LIPISLADY

    Apa nak buat, lapor sangat dah
    tikus tu..tak sempat jumpa mende
    lain dah..

    BalasPadam
  5. sedih gila..sian laki tu wehh..

    BalasPadam
  6. salam
    pertama kali kes macam ni
    memang malang tu

    BalasPadam
  7. Saya pernah melihat tikus sebesar anak kucing lalu didepan kucing di sebuah hospital di utara Malaysia.

    BalasPadam
  8. Allahu akhbar.. x terkata..

    BalasPadam
  9. @akubiomed

    alamak..sebesar kucing..kalau saya
    pun lari nampak tikus sebesar tu..

    BalasPadam
  10. @tehr

    W_salam..
    memang malang sekali..tak pernah dengar lagi seumur hidup saya tikus menggigit mende tu..ermmm..

    BalasPadam
  11. @apaajanews

    Betul tu..minta di jauhkanlah..
    Nauzubillah...

    BalasPadam
  12. tikus ni nakkan kelainan dlm hidup die...
    tapi malanglah utk mamat ni.

    BalasPadam
  13. ha ha ha... tikus tu ingat peha ayam kot...
    sebab tu lah dia makan

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA