MLM Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-9 : 4 Kumpulan Yang Tinggal



Kumpulan Pimai akhirnya tersingkir, manakala empat peserta lagi iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok mara ke Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang akan berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam minggu depan.

Begitulah keputusan di penghujung malam MLM minggu kesembilan yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB. Keputusan tersebut diumumkan oleh Chef Wan setelah mengambil kira aspek permarkahan yang melibatkan 30% undian penonton dan 70% markah dari juri.



Kumpulan Pimai yang dianggotai oleh tiga pelawak senior iaitu Mat Over, Imuda dan Sathia tersingkir setelah mendapat markah terendah berbanding empat peserta lain yang mana semua yang tinggal layak ke final minggu hadapan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 24, 2011

4 Komen:

  1. tahniah buat pemenang..sy rasa tempat pertama boboy ke dua osbon..tapi sy nak osbon temapt pertama...sebab sy suka.

    BalasPadam
  2. @nyanyisunyi
    he he..peminat Mr.Os rupanya ye..he he
    apa pun sapa menang lepas ni saya suka
    je :)

    BalasPadam
  3. sedih plak pi mai keluar..patut saehu yang kuar..

    BalasPadam
  4. @titan

    Apa nak buat kan..undian telah di buat oleh penonton..keputusan juri adalah muktamat

    BalasPadam