Malaysia vs Myanmar Bolasepak Sukan SEA 19-November-2011 | Live Streaming Online




Walaupun baru meraikan kemenangan mengalahkan Indonesia dan menduduki tempat tertinggi dalam kumpulan 2 hari lepas, pasukan bolasepak negara belum boleh mendabik dada apabila bertemu dengan pasukan Myanmar yang boleh melakukan sesuatu tanpa jangkaan.

Tersenarai antara pasukan terbaik Asia Tenggara, pasukan Myanmar juga mahu melakukan sesuatu buat negara mereka. Sudah tentu walau bukan kilauan pingat emas yang menjadi sasaran, dapat beraksi di peringkat akhir pertandingan cukup membanggakan negara mereka.

Mengikut perkiraan saya, seandainya pasukan Malaysia berjaya ke perlawanan akhir nanti, pasukan yang akan menyusul bertemu di perlawanan akhir adalah pasukan tuan rumah sendiri, Indonesia. Jika ini berlaku, kekalahan 0-1 tempohari perlu di ambil perhatian semua pemain Malaysia.

Berdasarkan kelebihan di tempat sendiri dan dendam dimalukan pada peringkat kumpulan tempohari, akan menaikkan semangat luarbiasa pasukan Indonesia yang menggunakan segala kelebihan dan bermatian memastikan kemenangan berpihak pada mereka.

Anda semua boleh mengikuti perlawanan secara langsung peringkat separuh akhir di Astro, TV 1 dan TV3. Buat para pelayar internet yang ingin mendapatkan siaran secara ONLINE Streaming atau Live ONLINE bolehlah ke pautan yang di berikan.


 MALAYSIA vs MYANMAR
 19 NOV 2011 
STADIUM GELORA BUNG KARNO



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 19, 2011

5 Komen:

  1. assalam zulkbo

    agak2 boleh makan kot team myanmar ni tapi bak kata org bola tu bulat. Jika team malaysia terbuai lena dek kemenangan dgn team indon, abiss

    BalasPadam
  2. @wachak

    W_salam Bro..
    betul tu..jangan masih
    lena di ulit intan..

    BalasPadam
  3. salam
    bagus juga team myanmar ni
    laju je mereka
    sekarang masih lagi 0-0

    BalasPadam
  4. Malaysia berjaya mengalahkan Myanmar 1-0 dalam perlawanan peringkat separuh akhir yang berlangsung di Stadium Bung Karno sebentar tadi. Gol hasil jaringan pemain no-13, Ahmad Fakri Shaarani pada minit ke-85 berjaya membawa Malaysia ke perlawanan akhir bertemu di antara Indonesia atau Vietnam yang akan di ketahui selepas ini.

    BalasPadam
  5. Pingat perak sudah didalam genggaman. Skuad Harimau Muda perlu usaha sedikit untuk memberikan kilauan emas.

    BalasPadam