Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-4 (Video)






Dah tentu kegemaran saya nih..!!



Bye Bro..apa nak buat kan?




Pelawak, pelakon dan penyanyi Jalil Hamid,54, terpaksa akur dengan keputusan undian keseluruhan program Maharaja Lawak Mega (MLM), apabila telah diumumkan sebagai satu-satunya peserta yang di singkirkan pada minggu keempat pertandingan berkenaan malam tadi.

Dengan menggunakan nama JH, penyingkiran peserta solo itu telah diumumkan oleh pengacara MLM, AC Mizal di hadapan penonton yang memenuhi Royale Theater Selangor, Shah Alam serta di siarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Dengan membawakan persembahan bertemakan Cinta, Jalil Hamid atau nama sebenarnya, A Jalil Nin A Hamid bagaimanapun tidak berjaya menawan hati dua juri tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan serta seorang juri undangan, Wangi iaitu bekas anggota Fabulous Cat, sekaligus menjadikan persembahannya sebagai yang tercorot.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 19, 2011

2 Komen:

  1. Tak tahu mengapa orang tak
    suka kan lawak Jalil Hamid..
    mungkin sudah ketinggalan
    zaman lawaknya..tapi saya
    memang nak tergelak tengok
    muka beliau sahaja boleh
    buat saya ketawa..he he

    BalasPadam
  2. mungkin faktor usia lah kot..lagi satu stand alone nih memang susah gak nak mendapat tempat... apepun biar terkeluar dengan bermaruah... cayalah!! JH

    BalasPadam