Live Streaming Malaysia vs Indonesia Bolasepak Sukan Sea 17-Nov-2011



Malaysia menentang Indonesia 17-November-2011 ini, akan menyaksikan perlawanan musuh tradisi yang di nanti-nantikan semua. Berkedudukan selesa, pasukan Malaysia  kini hanya memerlukan keputusan seri sahaja untuk menjamin tempat ke separuh akhir dan terus ke perlawanan akhir nanti.

Setelah keputusan seri dengan Singapura tempohari, pasukan Malaysia semakin bergaya dengan kemenangan demi kemenangan dan yang terakhir membelasah Cambodia 4 berbalas 1. Adakah ini petanda pasukan Malaysia akan menjadi pemenang pingat emas Sukan SEA lagi?

Saya pasti, pasukan Indonesia tidak akan berdiam diri kerana mereka juga mengimpikan memenangi pingat emas ini. Apatah lagi di gelanggang sendiri dan Malaysia adalah penghalangnya. Siaran secara langsung boleh anda tonton di Astro dan RTM2  pada hari perlawanan nanti.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 14, 2011

2 Komen:

  1. X sabar nak menanti 17 November.. Hidup Harimau Malaya...

    BalasPadam
  2. salam
    kita memang tengah ada peluang ni
    harap2 tak terlepas ke tangan singapura

    BalasPadam