
Salam semua, banyak blog yang saya jumpa menggunakan kaedah Comment Moderation apabila saya komen di blog mereka. Persoalannya, apabila kita komen di blog mereka, mengapa mesti nak kena tunggu mereka approved baru kita boleh baca semula komen kita?
Saya hairan juga mengapa mesti begitu, sedangkan anda semua boleh pada bila-bila masa deleted komen-komen yang kalian tidak berkenan di blog anda kan? Mengapa mesti nak menyusahkan komenter yang sudi mencoretkan sesuatu di entry kita?
Saya akui, saya tidak puas bila setelah saya komen, saya tidak boleh melihat apa yang telah saya komen tadi. Bukan apa, kesibukan kerja menjadikan saya kadang-kala tidak berkesempatan hendak ke blog tersebut semula untuk melihat komen yang saya tulis tadi.
Mungkinkah ada kesilapan bahasa atau ayat yang telah saya gunakan? Takut juga blogger tersebut terasa hati la pulak nanti. Jadi jika saya terus membaca, apa yang telah saya komen dan tidak sesuai, ON THE SPOT saya boleh deleted dan komen semula yang lain.
Kebanyakan mereka adalah blogger Blogspot yang menggunakan kotak komen Blogspot. Jadi di sini saya nak bagi sedikit tutorial, berkemungkinan mereka kurang arif bagaimana nak setting Comment Moderation ini:

1-Dashboard
2-Setting
3-Post and comments
4-Never5-Save
Semudah 1,2,3 kan? Saya bukan marah-marah dan saya tak suka marahkan orang (jangan ada salah faham) kerana kita semua manusia biasa sahaja. Sekadar meluahkan ketidakpuasan hati saya selama ini. Selamat mencuba :)