SIAPA PEDULI : Dana Buat Kanak-Kanak Palestin





Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul "Siapa Peduli" yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.
Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.
Pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.
Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa. 

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini:

+ Anak-Anak Palestina
+ Siapa Peduli?
+ Mimpi Gaza
+ Deir Yassin Bercerita Pedih
+ Illusi Dan Fantasi
+ Di Malam Itu..Sabra Shatila
+ Apalagi Yang Tinggal?
+ Masjid AL-Aqsa
+ Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi
+ Who Does Really Care?

NOTA : Ada pelbagai cara untuk kita menyumbang pada rakyat Palestin di Gaza, tetapi cara ini adalah cara yang paling simple dan mudah buat anda semua. Selain berhibur dengan dendangan lagu-lagu terbaru nyanyian penyanyi popular tempatan, anda juga secara tak langsung menderma buat kanak-kanak Palestin di Gaza. Harapan suatu hari nanti, mereka mendapat kemudahan hospital yang baru di sana. Sekeping CD album ini di jual dengan harga berpatutan, hanya RM 25.90 sahaja. Selamat menderma sambil berhibur.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 12, 2011

16 Komen:

  1. salam..
    wah sudha ada album jom kita jalan2 mcri satu bt koleksi hati

    BalasPadam
  2. bila org islam di jajah..disekat mkn pakain..minum rasa sedih mula menguntum..

    bila akan berakhir kita tak pastikan.hya doa sbg iringan utk mrka sejahtera d sana.

    pst..bro http://cahayacinta.com dah ok.jemput ke teratak hamba ye

    BalasPadam
  3. Bagus usaha mcm ni..semoga Allah memberkati

    BalasPadam
  4. Tidak faham mengapa masyarakat masih lagi mahu bantuan polis dunia. Kalau ikutkan kalau dunia islam bersatu cukup untuk membantu umat islam Palestin bangun dari belenggu penderitaan Israel

    BalasPadam
  5. Amat simpati kepada Kanak-Kanak Palestin :(

    BalasPadam
  6. Bagus juga usaha2 murni yg dilakukan oleh pihak terbabit ni. semoga melalui sumbangan ini dptlah kita membantu insan2 di sana

    BalasPadam
  7. berhibur sambil menderma...

    BalasPadam
  8. manusia ni kalau bab menderma memang selalunya liat sikit..tapi kalau bab subsidi..sanggup beratur panjang

    BalasPadam
  9. bagus amal jariah mereka..
    beramal sambil menderma..

    inilah contoh artis yang harus
    kita teladani dan puji..

    BalasPadam
  10. nak cari juga sat ni... :)

    BalasPadam
  11. jom sumbang apa yg termampu

    BalasPadam
  12. Salam sahabat
    Terima kasih berbagi info mengenai album ini. Semoga semua yang terlibat termasuk tuan rumah yang mencanang diberi ganjaran oleh Allah swt

    Salam sejahtera buat sahabat & keluarga

    BalasPadam
  13. salam
    satu usaha yang bagus
    kalau tak datang sini, tak tahu ni

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Zulkbo,

    Semoga usaha ini berjaya. InsyaAllahlah kalau terjumpa (sebab jarang ke kedai jual CD) akan beli.

    BalasPadam
  15. Usaha yang cukup bagus, moga tidak ada org yg mengambil kesempatan disebaliknya.

    BalasPadam
  16. Nice review! Cuma dh try cari kat merata kedai CD tp tak de yg jual… Boleh beli on9 dr saudara?

    BalasPadam