Hari Ini Sepatutnya Ulangtahun Hari Lahirnya






Hari ini sepatutnya ulangtahun hari lahirnya, yang ke berapa saya kurang pasti tetapi yang nyata di awal 20 an. Seorang pemuda yang saya kenali cukup baik dan begitu menghormati orang, tidak kira tua mahupun muda. Kalau bertemu dengan saya pasti di ciumnya tangan saya ini.

Kalau nak di kira pangkatnya dengan saya hanya sepupu kerana emaknya adalah adik bongsu kepada emak saya. Beliau pula merupakan anak sulung dalam keluarga dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi yang terletak di Petaling Jaya.

Kali terakhir saya bertemu dengan beliau kira-kira 3 bulan lepas sewaktu majlis kenduri adik perempuan saya di Jengka. Beliau dengan semua ahli keluarga beliau singgah sebentar kerana kebetulan hendak ke majlis kenduri yang lain di Kedah pula.

Menurut cerita mak saya, jika tidak di pinang oleh suami adik saya sekarang, adik perempuan saya sebenarnya hendak di jodohkan dengan beliau (kahwin sepupu). Terlambat sekejap sahaja ibarat kerlipan mata kata orang, mungkin tiada jodoh dan Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya.

Selain bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut, sebagai orang bujang beliau masih tinggal dengan emak dan ayahnya. Seorang yang kaki surau, juga suka mengambil tempat bilal melaungkan azan bila tibanya waktu solat. Mengajar anak-anak kecil mengaji Al-Quran di surau setiap malam.

Seumur hidup saya mengenali beliau, tidak pernah nampak cacat celanya tentang perangai beliau, terlalu baik dan di senangi ramai orang. Jarang saya jumpa anak muda berusia 20an yang suka menghabiskan masa lapang di surau dan tidak suka berpeleseran serta membuang masa tanpa faedah.

Semalam (Sabtu) adalah hari ke- 6 berpuasa di bulan Syawal beliau. Niat di hati ingin berbuka bersama keluarga di rumah kerana mereka sekeluarga berpuasa bersama-sama. Di samping itu, menyambut ulangtahun hari lahirnya pada hari ini (Ahad) dengan mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda kemenangan.

Berpesan dengan emak beliau, agar jangan lupa membeli barangan yang hendak di masak pada hari ini (Ahad) nanti. Menjemput rakan-rakan sekerja beliau agar tidak lupa datang ke majlis jamuan ulangtahun kelahiran beliau, merangkap jamuan sempena Hari  Raya.

Semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang hendak berbuka puasa dengan seisi keluarganya di Cheras, hujan agak lebat sekitar jam 5 petang. Motosikal yang di tungganginya terbabas dan beliau terpelanting menyebabkan kecederaan parah di kepala dan tengkuk.

Beliau meninggal dunia di tempat kejadian, dalam niatnya sebagai seorang anak yang baik hendak pulang berbuka puasa di rumah bersama seisi keluarganya terus dari tempat kerjanya di Petaling Jaya. Perginya takkan kembali lagi, innalillahiwainnailaihirojiun.

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Mohamad Farid di kalangan orang yang soleh dan beriman. Allah lebih menyayangi beliau dari kita semua, tiada apa yang dapat di tangisi lagi kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..Al- Fatihah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 11, 2011

23 Komen:

  1. Ya Allah..semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..dekat sungguh kematian dgn hari lahirnya..kita nnt mcmana lah ye :(

    BalasPadam
  2. Semoga roh aruah dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  3. innalillah semoga ditempatkan dikalangan org beriman

    BalasPadam
  4. innalillahiwainnailaihirojiun.
    alfatihah utk beliau dan takziah utk keluarga arwah..

    BalasPadam
  5. walaupun kome tak kenal siapa dia
    tapi jiwa ni amat terharu membaca, payah nak cari pemuda sebegitu zaman ni
    mudah-mudahan Allah memberkati segalanya
    Al Fatihah buat Mohamad Farid

    BalasPadam
  6. Semuga Allah memberi rahmat keatas arwah dan ditempatkan bersama orang-orang yang solleh..!

    BalasPadam
  7. Salam Zul, seiring doa dipohonkan semoga beliau dirahmati dan ditempatkan bersama orang yang beriman Alfatihah.

    BalasPadam
  8. innalillahiwainnailaihirojiun.
    alfatihah~
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    takziah utk keluarga arwah..

    BalasPadam
  9. al-fatihah.... semoga roh beliau dicucuri rahmat

    BalasPadam
  10. Salam sahabat

    Terharu membaca cerita ini. Betul Allah lebih kasihkannya dan maha mengetahui.

    AlFatihah

    Wasallam
    Umi

    BalasPadam
  11. Alfatihah.. tumpang simpati buat si arwah...

    BalasPadam
  12. innalillahiwainailahirojiun...

    org2 yg baik ni cepat je ajal mereka...

    BalasPadam
  13. Al Fatihah...beruntunglah beliau (berdasar cerita),Allah mengambilnya dimasa ia membuat ibadah (ingin bertemu ibu dan ayah)..InsyaAllah..Allah lebih menyayangi kepunyaanNYA!

    BalasPadam
  14. salam
    mula2 baca
    ingatkan cerita gembira seorang anak muda yang taat
    rupanya cerita sedih pulak

    takziah kepada keluarga allahyarham
    moga2 rohnya bersama hamba2NYA yang beriman

    BalasPadam
  15. Innalillahi wan in lillahi rojhiun.

    Semoga keluarganya sabar dan tabah untuk menghadapi dugaan ini. Semoga digantikan dengan yang lebih...

    BalasPadam
  16. Innalillahi wan in lillahi rojhiun...
    al-fatehah...

    BalasPadam
  17. Ya Allah.. semoga dia ditempatkan dikalangan yang soleh.. ameen.

    BalasPadam
  18. al fatihah utk beliau, abg zul...Allah sangat menyayanginya..semoga amalannya menjadi bekalan terbaek di sana nanti

    BalasPadam
  19. alfatihah buat arwah...Allah lebih menyayanginya....

    BalasPadam
  20. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayanginya.

    BalasPadam
  21. salam encik zul..
    menitik airmata saya..
    moga rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.. salam takziah buat keluarga.. al-fatihah..

    BalasPadam
  22. Rasa nak tengok aje wajah pemuda budiman yg dimaksudkan. Sejuk hati bila mendengar sifat baik beliau. tetapi sedih pula di penghujung cerita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau :-)

    BalasPadam
  23. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana doa kalian
    kepada Allahyarham..semoga rohnya di
    berkati dan di cucuri rahmat Allah
    jua hendaknya..amat saya hargai
    ..jazakumullah khair..

    BalasPadam