Serangan Kulat Di Cyberjaya : Nombor Khas Talian Telefon Untuk Berurusan

 



Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan manusia.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.

Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JPA dalam satu kenyataan pada Isnin berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.

Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.(BERNAMA)
Berikut adalah nombor-nombor
telefon talian khas yang disediakan:

1) Bahagian Saraan: 
0388853194/3201/3227/3232/3283/3072

2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 
0388853786/3807/3887/3896/3898/3899

3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 
0388853824

4) Bahagian Audit Dalam: 
0388853902/3903 

NOTA : Pening juga kepala memikirkan, macam mana boleh kena serangan kulat sebegitu sehingga di syaki beracun dan boleh mengganggu kesihatan manusia. Harapan pihak berwajib segeralah melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya menangai masaalah ini serta mengambil langkah mengatasinya di masa hadapan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 13, 2011

7 Komen:

  1. Salah satu punca kerana cuaca Malaysia mempunyai kelembapan tinggi memudahkan kulat terjadi pada dinding.

    Kalau di hospital, masalah kulat ini selalu diawasi.

    BalasPadam
  2. ade hikmah disebalik kejadian nih
    fikir2kanlah

    BalasPadam
  3. Kaco juga kena ginie yak.. kalau tumbuh kulat tahun tahun juga yak :)

    BalasPadam
  4. kulat apa plk ut bro..ke ada org baru balik bercuti dr luar negara bawa benda tu ke sana huu

    BalasPadam
  5. jika begini habsilah kwn2 saya sb dia ada keje kt jbtan sana huuu

    BalasPadam
  6. @akuanakpahang
    kalau kulat tahun..
    kita pakat kutip
    buat masak sup
    pun sodap..he he

    BalasPadam
  7. UTusan Msia....PAS telah MYERANG bangunan kjaan dgn virus PAS yg bwarna hijau.kui kui

    BalasPadam