Menikmati Hari Cuti Terakhir




Salam semua, ermm..nampak gayanya ramai yang telah memulakan tugasan pada hari ini (Isnin) termasuklah Mrs saya yang memulakan tugasnya hari ini. Selamat bertugas buat semua yang memulakan tugas pada hari ini (Isnin), harapan saya cerialah selalu ye?

Berlainan dengan saya yang masih bercuti pada hari ini. Hari terakhir untuk cuti sempena Hari Lebaran pada tahun ini. Berdua dengan anak lelaki saya yang tak berapa sihat di rumah, (demam raya rasanya). Terasa hendak ke bank selepas ini, menyelesaikan apa hutang-hutang yang tertangguh.

Rakan sepejabat ada yang SMS tanya saya tak kerja ke hari ini? Agaknya mereka terlupa saya ada mengambil cuti tambahan selama satu hari. Sudah memang cara saya, sengaja nak bercuti lebih dari orang lain..he he. Cuti tahunan banyak, bila lagi nak ambil kan?

Berat badan agak naik sepanjang bercuti Hari Lebaran tempoh hari, kerana terlalu banyak yang mengisi perut ini. Duduk saja, ada lah makanan nya..alhamdulillah, rezeki kita beraya di Malaysia bumi tercinta ini. Terkenang pula pada mereka yang beraya di Somalia tanpa makanan, sedih bila mengenangkan mereka.

Nak kena segera mulakan berpuasa 6 selepas ini. Selain mencari rahmat berpuasa 6 di bulan Syawal, dapat juga mengurangkan sedikit nafsu makan yang membuak-buak sejak merdeka dari berpuasa di bulan Ramadhan tempoh hari, insyaallah.

Sebelum terlupa, di kesempatan ini, buat rakan blogger yang belum sempat saya beraya. Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kesalahan, kesilapan saya sepanjang berblogging ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin :)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 05, 2011

17 Komen:

  1. selamat hari raya ..
    haih lemang tu..berkenan benor saya...^^

    BalasPadam
  2. argh sedap bebeno lemang ter...

    BalasPadam
  3. wah wah wah..amik cuti xtra lbeh dr kwn2 ye?? Tak per lah..cuti kan banyak. Lgpun, leh jgk tgk2kan anak yg kurang sihat tu

    Pepun, selamat hari raya ye en zul
    mahap zahir dan batin jika ada..

    BalasPadam
  4. Salam Zul, cuti lagi yak best tu... kawan keje dah hari nie :)

    BalasPadam
  5. ramai yg masih bercuti hari ni..
    saya pn masuk lewat ofis sbb org yg pgg kunci masih bercuti.. huhuuu..

    moga anak lelaki encik Zul cepat sihat..

    BalasPadam
  6. jom join contest hebat http://zulzol.blogspot.com/2011/08/hari-raya-photo-contest-2011.html segera,selagi masa masih ada

    BalasPadam
  7. bila cuti lama nak mula keja ni yg malas je..

    BalasPadam
  8. selamat hari raya en.zul...
    maaf kn sy klu ade trsalah bahasa..tsilap kata ye.... ;)

    ooo...amik extra cuti la ni ye...saya dah keje dah hrni... ;)

    BalasPadam
  9. Selamat bercuti bro zul
    lemang tu nampak sedap jer. Semalam ada beli juga kat setiawangsa :)

    BalasPadam
  10. alahai raya ni x merasa lemang la..eheheheh

    BalasPadam
  11. Selamat hari raya dan selamat bercuti en.zul.. kita serupa la sebab masih bercuti lagi tapi next week dah mula sibuk dengan urusan di luar kawasan..

    BalasPadam
  12. lamanye cuti...syok la raye..hehe

    BalasPadam
  13. meriahnya raya..
    saya dah mula kerja hari ini
    Salam Aidilfitri maaf zahir batin

    BalasPadam
  14. Selamat Hari Raya,selamat bertugas....

    BalasPadam
  15. salam
    kami dah dua hari ke sekolah
    sambung raya kat sekolah sambil ngajar
    hehe

    BalasPadam
  16. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  17. Secara kebetulan saya ada mengambil cuti Isnin dan Selasa. Tidak sangka selama 2 hari bercuti terkena demam panas dan batuk.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA