Gambar Selepas Bencana Taufan Talas Yang Melanda Jepun





Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang melanda barat Jepun hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala tiga lagi hilang.

Taufan yang membawa angin selaju 108 kilometer sejam itu turut menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di pulau Shikoku, kawasan pantai Pasifik pada pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia), menurut agensi Meteorologi. Jepun.

"Taufan itu kini dilaporkan bergerak perlahan ke arah utara dan dijangka melalui seluruh wilayah barat Jepun menuju ke Laut Timur awal esok," tambah agensi itu.

Jurucakap polis tempatan berkata, mayat seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun ditemui di sungai Tokushim di bandar utama Shikoku. Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 17 orang cedera dengan enam daripada mereka serius.

Lebih 300 rumah dinaiki air dan beberapa kejadian tanah runtuh turut dilaporkan, lapor agensi itu. Agensi Meteorologi turut mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh di barat Jepun ekoran hujan lebat.- AFP








NOTA: Terkini, setakat berita ini di tulis khabarnya kadar kematian semakin meningkat berikutan terjadinya kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda. Takziah buat keluarga mangsa dan rakyat Jepun amnya yang tak sunyi dari menghadapi malapetaka bencana alam. Bersyukur kita di sini yang di kurniakan Allah kesejahteraan dari malapetaka di saat menyambut bulan Syawal dalam keadaan aman dan makmur.


Sumber Foto: AFP, Yahoo News

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 04, 2011

10 Komen:

  1. tak ade teknologi mmpu menandingi kekuasaan Allah bg mereka berfikir

    BalasPadam
  2. Slam Zul, dahsyat juga yak... begitulah kekuasaan Allah. Semoga kita mengambil iktibarnya jua...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Zulkbo,

    Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Memang kesian dengan negara Jepun ni, lepas satu, satu bencana menimpa.

    Semoga kita disini dijauhkan semua perkara-perkara buruk ni.

    BalasPadam
  4. Firman Allah Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” surah Ar-Rum ayat 41;
    Namun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT.
    semoga negara kita dijauhkan dengan bencana sebegini..amin..

    ------Salam Aidilfitri-------
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    burasak vs lepat loi

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Hendaknya kita menjauhkan diri dari kemurkaan Allah Taala agar Dia tidak menurunkan bencana ke atas kelalaian kita

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan urusan mereka di sana....

    BalasPadam
  7. begitulah tanda betapa lemahnya kita.
    apabila DIA berkata "kun"- "fayakun"
    tanpa tercepat atau terlengah walau sesaat.
    sama2lah kita ambil iktibar, insya-Allah...

    BalasPadam
  8. salam
    jepun tak lepas2 dengan bencana
    kesian dengan mereka

    dan kita pula patut sangat bersyukur

    BalasPadam
  9. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA