Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin : Rektor Pertama Wanita UIAM





Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu.

Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988. Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.

Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pada Mac 2009, beliau menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. - BERNAMA

NOTA : Adalah satu penghargaan kepada seluruh kaum hawa di negara kita Malaysia. Bukan calang-calang orang boleh di lantik sebagai seorang Rektor, tahniah buat beliau. Satu kebanggaan buat anak kelahiran negeri Pahang amnya. Juga tak lupa, ucapan selamat bersara buat Datuk Seri Prof Syed Arabi yang saya kenali secara peribadi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 11, 2011

10 Komen:

  1. assalamualaikum,
    suka dengan pengisian entry ini.
    jazakallah khier...
    moga memberi inspirasi kepada muslimah yg lain.

    BalasPadam
  2. waaa...rektor pompuan laaa....

    tahniah untuk beliau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Selamat dan tahinah juga pasti menjadi kebanggaan negeri juga. Tahniah utk beliau.

    BalasPadam
  4. hebat wanita2 zaman sekarang..bile pulak ada perdana menteri wanita pula kan?

    BalasPadam
  5. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  6. salam..
    tahniah Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin. beliau memang berwibawa dan layak memegang jawatan tersebut. Semakin hari semakin banyak peluang dan kepercayaan diberikan pada kaum wanita untuk menerajui sesuatu institusi :)

    BalasPadam
  7. Tahniah Datuk, semoga uia lebih bermutu.

    BalasPadam
  8. ini rupanya rektor yg kontroversi tu...

    BalasPadam
  9. Tahniah buat semua wanita Malaysia!!! Hari ni kami mendengar persembahan beliau di ICIL2012 anjuran bersama AKEPT dan USIM di Royale Chulan KL. Perggh...memang hebatlah beliau ni...dan mudah didekati...Begitu juga Prof Dr Asma dari USM bersama rakan beliau Dr Rahmah mereka menyumbang 38 patent untuk Malaysia ...Yeah!!! Ketiga2 sama bergaya dan sama hebat..semoga mereka sentiasa sehat diberkati dan diRahmati selalu oleh Allah swt. and also Kudos to all great and contributing women of Malaysia....You are the best!!!

    BalasPadam