Ada Yang Bertanya Saya Jawablah : Iklan Innity





Salam semua, dah ada yang perasan dan bertanya maka saya hendak berkongsi dengan pembaca di blog saya ini. Soalan dari Bro Sop, blogger yang saya hormati berkenaan dengan iklan Innity yang terpapar di blog saya beberapa minggu ini. Allhamdulillah, target hendak mendapatkan iklan Innity tercapai jua selepas  permohonan saya mendapat status layak dalam hanya beberapa minggu sahaja.



Puncanya, apabila blog saya memuatkan entri berkenaan dengan BE dari Nuffnang yang tak kunjung tiba dan entri itu telah mendapat komen dari Bro Ariff Shah, seorang blogger yang mentor dan berpengalaman. Ini adalah komen pertama beliau di blog saya, agak teruja jua, kerana saya kerap ke blog beliau dan komen di sana dan mengikuti penulisan beliau sebagai salah seorang mentor saya berblogging.

Saya ada menyatakan dalam entri tersebut untuk cuba memohon iklan yang lebih berprestige, dan saya anggap komen beliau tersebut adalah kata peransang dari beliau. Alhamdulillah, memang kebetulan atau sudah suratan untuk saya layak mendapatkannya, setelah memohon kurang dari 2 minggu tanpa  menaruh harapan yang terlalu tinggi pada mulanya.



Seperti biasa, mana- mana blog yang menyiarkan iklan lain, Nuffnang akan menarik balik status Glitteri dari mereka. Dan blog saya juga akhirnya terpaksa juga berkorban status tersebut. Apa nak buat kan? Tetapi saya masih kekalkan iklan Nuffnang di blog saya. Jasa-jasa Nuffnang pasti saya kenang walaupun kehilangan status tersebut dan saya tetap mengharap agar Nuffnang akan tetap memberi BE baru pada saya juga ye? he he..

Anda semua juga boleh memohon iklan Innity di pasang di blog anda. Syarat utamanya amat bergantung pada trafik, cuba dapatkan sekurang-kurangnya trafik masuk ke blog sebanyak 100,000 pageview sebulan dan unik visitor sebanyak  sekurang-kurangnya 20,000 sebulan. Jika anda sudah mendapatkannya, print sreen sumber dari google analytics anda dan hantar ke Innity. Selamat mencuba, wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 19, 2011

31 Komen:

  1. Tahniah sebab diterima menjadi warga innity :D

    BalasPadam
  2. Salam sahabat

    Tahniah buat sahabat.

    Umi ada present buat sahabat diblog Umi.Tanda penghargaan Umi buat sahabat yang baik hati tak pernah lelah bagi support dan inspiration kepada kami semua rakan blogger sahabat

    Semuga Allah memberkati saudara sekeluarga.Amin
    Umi

    BalasPadam
  3. tahniah bro!!!
    pasni kencang lagi blog zulkbo ni :D

    BalasPadam
  4. Tahniah..
    tumpang seronok..

    BalasPadam
  5. tahniah..saya pun memang teringin nak pasang innity, belum sampai masa lagi, kena usaha lebih ni

    BalasPadam
  6. Salam, tahniah! lepas ne mesti mahsyuk, tetiap bulan boleh cashout :)


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  7. usaha kuat insyaalah ada jalan terbentang

    BalasPadam
  8. usaha tangga kejayaan kan, abg zul..syabas!!!

    BalasPadam
  9. tahniah bro...
    belalang pun baru jer pakai innity...2 kali apply baru d terima :)

    BalasPadam
  10. saya masih hijau dalam bab2 ni~

    BalasPadam
  11. kena ngadap 18 jam dpn pc nih...baru abih blog walking...hehe :P

    BalasPadam
  12. tahniah bro.. perubahan ke arah baru.. bercadang juga untuk join inity tp traffik skrg agak slow.. :) pernah apply dan kena reject.. tunggu traffik power dulu cam bro zul :)

    BalasPadam
  13. Salam Zul tahniah juga drp saya.. pernah juga memohon.. dah tau dah mmg tak layak :)

    BalasPadam
  14. Tahniah!

    Keep blogging =)

    BalasPadam
  15. salam - bab2 ni sy kurang arif

    BalasPadam
  16. tahniah diucapkan yer. semoga terus sukses berblogging

    BalasPadam
  17. aku sebenarnya kalau fikir pasal iklan ni dah lama tutup blog..buat tak tahu je la..

    BalasPadam
  18. tahniah. banyaknya trafik. saya tumpang banyakkan je la... :)

    BalasPadam
  19. tahniah sifu

    kome tengah berusaha kearah ni sekarang :)

    BalasPadam
  20. salam
    tahniah bro zul
    moga lebih meriah lagi nanti

    BalasPadam
  21. salam....
    wah,,,dah dpt innity??
    tahniah en z..
    cma terpakse kuburkan niat nk apply innity..
    uv pun ciput je...

    BalasPadam
  22. Alhamdullilah. Tahniah br0. Sy nk sgt apply tp xde masa untk tingkatkan pv smpai 100k. Bnyk k0t. HuhuAlhamdullilah. Tahniah br0. Sy nk sgt apply tp xde masa untk tingkatkan pv smpai 100k. Bnyk k0t. Huhu

    BalasPadam
  23. tahniah.. lepas nie bertambah lah imcome tu..

    BalasPadam
  24. google analytic pun tak pasang lg..kena pasan skrg nih!! :D

    BalasPadam
  25. Salam. dia kena blog yg betul2 'masyuk'ya bro baru buleh pasang innit ni.?

    Sya belum smpai tahap lagi. harap dpt apply suatu masa nnti. Tahniah!

    BalasPadam
  26. Assalam..
    Tahniah...
    Rezeki di bulan yang mulia ni...
    Bertambah mantap la nanti ya...

    BalasPadam
  27. Tanniah sudah pasang Innity. Untuk menyertai Innity bukan mudah jadi perlu syarat-syaratnya dipatuhi.

    BalasPadam
  28. tahniah ..saya perasan dah tapi saja tk tanya :)

    BalasPadam