Singapore vs Malaysia Live Streaming 28 Julai 2011 ( Live Online )





Salam semua, jangan lupa bersiaran secara langsung di sini pada 28 Julai 2011 jam 8:45 malam, secara live streaming@ live online  menyaksikan perlawanan timbal balik perlawanan kedua pusingan kedua antara Malaysia bertemu Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil yang menjadi tuan rumah nanti.

Perlawanan yang teramat penting buat pasukan Malaysia untuk pergi lebih jauh lagi di persada bolasepak dunia. Agar lebih di geruni kawan dan lawan seantero Asia amnya. Bukan hanya jaguh kampung, tetapi gelaran Harimau Malaya yang di bawa perlu segarang namanya.

Jika kita tewas di perlawanan pertama di Singapura tempohari, berkemungkinan besar pemain kita kurang selesa bermain di padang berumput tiruan, ini bukan alasan sepatutnya. Tetapi kali ini di padang sendiri, di kelilingi penyokong sendiri, laungan harimau sebenar akan bergema.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada kali ini, berkelebihan menjaringkan gol di tempat lawan sudah menjadi mimpi kini bila kita tewas 3-5 di tangan Singapura tempohari. Jadi buat anda semua, apa kata bersamalah kita berdoa agar pasukan Malaysia akan pergi lebih jauh lagi selepas ini.

Perlawanan ini sebaiknya anda saksikan di Stadium Bukit Jalil untuk mendapatkan suasana perlawanan secara live, tetapi pihak Astro juga ada menayangkan secara langsung, begitu juga TV2. Seandainya anda tidak berpeluang masih boleh secara live streaming@live online di sini pada waktu tersebut.

TONTON ONLINE DI SINI (KLIK)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 27, 2011

2 Komen:

  1. malaysia... harap2 lebih kebal.. dan lebih garang.. harimau menggnas khamis nih!!!!

    BalasPadam