Buat Para GRO Melayu Islam Sila Baca






Wanita Islam Dilarang Bekerja Sebagai 
GRO Di Kuantan Mulai Tahun Depan
KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini Rabu dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkannanti.

Beliau berkata semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Di samping itu, kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya. - BERNAMA

NOTA: Rasanya, perkara ini bukan setakat di negeri Pahang sahaja perlu di kuatkuasakan undang-undang ini, tetapi merangkumi seluruh negara. Sudah acap kali sangat kita dengar wanita melayu islam yang menceburi bidang GRO ini. Alasan mereka, mudah dapat wang. Beginilah bila iman nipis dan nafsu mengatasi akal.

Tanggungjawab kita sebagai orang islam membentung perkara ini agar tidak menjadi seolah resam hidup pula, tanpa memikirkan keberkatan hasil pendapatan dari pekerjaan GRO ini. Satu lagi, pandangan bangsa lain,asal GRO je.. semua melayu! Agak memalukan bukan sahaja di dunia ini, bagaimanalah kita di akhirat nanti ye? Nauzubillah.

Akhir kata, buat para GRO yang ada membaca entri ini, insaflah..anda boleh lakukan lebih baik dari itu. Banyak lagi pekerjaan yang halal yang boleh anda lakukan.Biarpun bergaji kecil tetapi rezeki itu berkat kerana akan menjadi darah daging anda dan keturunan anda di hari kemudian.Wassalam



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 28, 2011

20 Komen:

  1. salam saudaraku.
    sungguh terharu setelah 53 tahun merdeka.mereka mengambil tindakan tepat.Inilah yg dinamakan menjaga kebajikan rakyat. menjaga kesucian agama dan penganut Islam.Inilah tugas sebenar pemerintah Islam.Menghalalkan mana yg halal.Mengharamkan mana yg haram.Apabila segala keperluan,undang2 Islam ditegakkan oleh kerajaan dan masih berlaku kemaksiatan.Itu tanggungan pelaku itu sendiri.Janji usaha kearah kebaikan dilakukan.Yang lain serah kepada Allah s.w.t.Allah melihat usaha kita.

    -bagaimana pula dengan kerajaan pusat? yang saban tahun tidak pernah gagal menganjurkan musabaqah al-Quran,sambutan maulidul rasul,isra mi'raj dan dalam masa yg sama membiarkan kemaksiatan berleluasa.
    -ke ini yg dinamakan moderat/sederhana/hadhari/1 malaysia.50% jln ke syurga 50% jln ke neraka.
    -ini bkn tuduhan melulu,jabatan agama dan undang2 islam tidak diperkasakan serta kakitangan yg terhad

    BalasPadam
  2. syukur tapi rasa nak tergelak pun ada.
    dlm qur'an dh sebut beribu tahun, takkan baru 'tersedar'
    politic, retoric & polemik!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27 Julai, 2011

    salam ziarah & follow..

    BalasPadam
  4. Salam Zul, sebaiknya begitu... sepatutnya sudah lama larang ini di kuatkuasakan namun masih belum terlambat juga rasanya sesungguhnya benar "mencegah itu lebih baik daripda mengubati" sekurang2nya ada penguakuasa dan larangannya kearah itu. Semoga larangan ini tidak bagaikan "menghalau lalat di bangkai".

    BalasPadam
  5. Baguslah Pahang mulakan. Mudah2an ada negeri lain ikut.

    BalasPadam
  6. salam sahabat

    Better late than never kata pepatah Inggeris.

    Lebih cantik kalau ada persatuan wanita yang menghimpunkan GRO melayu tu dan bertanyakan masaalah mereka.Memang senang menghakimi kerana free of charge.
    Seperti satu kisah pencuri mencuri susu.Walaupun mencuri hukumnya dipotong tangan tapi oleh kerana dia miskin lalu terdorong mencuri untuk anaknya yang lapar,tidaklah dipotong tangannya to make the story short, pemerintah yang bersalah..panjang sangat nak cerita kenapa..so morale of the story..kenalah juga tolong macam kita tolong persatuan ibu tunggal.

    Just my 2cents opinion.

    Wasallam
    Umi

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama28 Julai, 2011

    tahniah JAIP, tahniah MPK.. tahniah umat Islam negeri Pahang.. inilah baru menepati hadith, ubahlah kemunkaran dengan 'tangan'

    BalasPadam
  8. salan tuan zul
    hmmmm klau nak jalankan, nape perlu tunggu tahun depan. ke kena ikut saluran tertentu jugak, last2 x jadi
    mudah2an berjaya apa yg dirancangkan

    BalasPadam
  9. Hendaknya biarlah menyeluruh penguatkuasaan itu ke seluruh negara.

    BalasPadam
  10. harap2 lps ni negeri lain pon buat menda yg sama....

    mb kerajaan pun boleh kuatkuasakan undang2...

    BalasPadam
  11. tahniah kerajaan negeri Pahang..diatas tindakan yg bijak ini..semoga ianya menjadi contoh2 kepada suma negeri di Malaysia; sebuah Negara Islam...

    BalasPadam
  12. harap2 lepas nie semua negeri akan baut benda yang sama jugak :)

    BalasPadam
  13. salam encik Zul
    malunya, wanita melayu lagi dapat nama...

    BalasPadam
  14. tahniah!!! semoga urusan yang baik ini akan diteruskan ke tempat lain

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah tersedar juga mereka dari tido yang lena , tapi x kan negeri pahang je baru nak sedar negeri lain pulak cam ner....

    p/s: amy singgah sini dari blog sinar raudah , salam kenal, jemput ke sinar raudah ye. happy blogging..

    BalasPadam
  16. Assalam..
    Harap2 ada GRO yg baca...pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan segera, bukan setakat di Pahang sahaja. Patutnya dah lama sedar sebab Al-Quran bukan baru diturunkan..
    Mungkin kerajaan perlu wujudkan peluang pekerjaan kpd GRO ini sebagai alternatif lain utk mengelakkan mereka terus jadi GRO.

    BalasPadam
  17. takut nanti depa pindah negeri lain pulak. hhihi~

    BalasPadam
  18. derang tak minat keje kilang. busuk dan kotor dan lambat kaya..hehe

    BalasPadam
  19. salam
    siapa yang akan dikenakan hukuman kalau larangan ini tidak diikuti
    GRO atau tuan punya pusat hiburan?

    seeloknya kedua2nya sekali

    BalasPadam
  20. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA