Tip Blogging : Apa Yang Dikatakan Entri Popular Dan Entri SEO




Salam semua, hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya katakan entri popular dan entri SEO, yang sepatutnya setiap blogger mengambil berat tentangnya untuk mendapat trafik ke blog melalui carian enjin. Trafik ini di kenali sebagai organik trafik dan penyumbang terbaik trafik kepada sebuah blog. Bagaimana caranya? Sedikit perkongsian dari pemahaman saya, seandainya apa yang pakar sila buat teguran anda dan saya sedia menerimanya demi kebaikan bersama.


Cuba anda perhatikan entri pertama dan entri ke-3 saya berdasarkan 2 entri yang saya buat semalam dan pada hari yang sama. Entri pertama adalah entri SEO ternyata menyumbang trafik yang baik berbanding entri ke-3 saya. Mengapa? Ermm..di sini berdasarkan kefahaman saya berblogging hampir 2 tahun.

Entri pertama saya di atas berkaitan semakan ke IPTA, sungguh membosankan tajuknya apabila di baca oleh rakan blogger yang mempunyai link blog saya. Kemungkinan mereka akan singgah ke blog saya memang kurang, jadi saya akan kekurangan direct trafik dari blog mereka ke blog saya.

Anda perhatikan jumlah komen yang saya dapat sudah cukup membuktikan kedatangan pengomen yang acapkali singgah dan komen pun berkurang. Entri ini saya gelarkan entri SEO kerana di carian enjin ianya mendapat tempat berikutan di hari yang sama semakan ke IPTA, ramai yang membuat carian dan blog saya berada di carian hadapan (SERP).


Mendapat tempat di carian hadapan biarpun tajuk dan isinya sangatlah boring , setidaknya akan ada yang klik ke blog melalui carian enjin dan saya sedikit sebanyak mendapat trafik mudah. Di sini seorang blogger perlu kepekaan tentang isu semasa yang anda rasakan orang ramai akan mencari sesuatu melalui carian enjin.

Bersambung ke entri ke-3 saya yang saya katakan entri popular adalah entri tentang peribadi, contoh tentang Nuffnang. Ramai blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog mereka maka sedikit sebanyak apabila terbaca di link saya di blog mereka tajuk entri tersebut, mereka akan mudah singgah dan meninggalkan komen juga di blog saya.

Di sini bergantung pada cara kita berblogging. Mungkin ramai blogger yang memang mengekalkan cara dan konsep berblogging mereka yang tersendiri. Tapi tak salah pada pandangan saya biarpun blog kita tidak popular tetapi entri kita mendapat tempat di carian enjin. Apa salah mencuba kan?

Bergantunglah pada anda semua, seandainya anda memasang iklan di blog target utama anda adalah mencari trafik, jangan terlalu mengharap direct trafik sahaja. Anda perlulah mencuba sesuatu yang memungkinkan blog anda berada di carian hadapan (SERP), faktor penyumbang trafik sebenar. Sekadar perkongsian ilmu, wassalam.

NOTA: Bagaimana menjadikan blog anda mesra SEO dan mendapat tempat di carian enjin (SERP) ? Nantikan entri saya yang seterusnya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 15, 2011

23 Komen:

  1. terima kasih kongsi tip
    tengah belajor
    faham la sikit2 tu

    BalasPadam
  2. info berguna..www(domain) nampakpaknya menjadi keutamaan enjin carian berbanding blogspot..huhuhu..

    BalasPadam
  3. Abg zulkbo sila ajar sy...sy sudah lama mahu belajar ini SEO..tp M.A.L.A.S

    BalasPadam
  4. salam en.zul...
    bz ke??
    semoga sihat selalu...

    terima kasih kerana berkongsi tips.... ;)

    BalasPadam
  5. ooo baru tau..selama ni tak pernah tau pun apa itu seo..

    BalasPadam
  6. yang pasti blog saya pastinya bukan SEO...hehehehehe

    p/s: seorang blogger baru bertanya saya psal ini, sy terus minta dia baca blog abg zul..byk info..syabas....

    BalasPadam
  7. pening jgk la hal2 mcm ni...

    BalasPadam
  8. eh banyak ny anak kena tau dan tak tau upernya..terimakasih habaq mai siniii

    BalasPadam
  9. wah mmg lebat sungguh reviewnya mmg buat hati tersenyumlah bro zul. cayalah!

    BalasPadam
  10. Thanks for the tip bro zulkbo ☺☺

    BalasPadam
  11. klu keyword panas dan biasa sllu guna tu terkadang mgkn akan ada hasil terbaik utk blog kita kan..kan..

    BalasPadam
  12. Salam Zul kawan tak brapa paham juga bender tu main redoh aje.. terima kasih berkongsi idea awk tu.

    BalasPadam
  13. Hebat permainan SEO ni.. :D

    Yang menguasainya tentu akan mendapat hasil yang berbaloi :D

    BalasPadam
  14. terima kasih atas tips...

    BalasPadam
  15. thanks for sharing this.

    saya selalu fail bab SEO. sokmo kelaut~

    BalasPadam
  16. Seo.. kurang tapi kalu Ceo kwn nak jadi.. haha!

    BalasPadam
  17. salam..
    macam mana nak dapat gambar mula te, Tak reti juga tapi nak tengok juga.

    BalasPadam
  18. Macam tu bro kena buat satu entry untuk SEO dan pastikan ada entry untuk blogger dalam hari yang sama untuk menarik komen dari bloggers?

    BalasPadam
  19. @Sabahan Bloggers Club

    ermmm..sebaikknya begitu lah
    tapi pening juga selalu
    nak mikir entri nih..
    main tangkap muat
    saja dulu lah..
    :)

    BalasPadam
  20. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  21. Bila berada di first page mmg terasa nikmatnya bro...blog aku pun kene gak dgn borang 1 malaysia tu...pehhh teruja aku lepas tu nak main dgn seo jerr...tp selalunya kalah laa...hehehe

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA