Super 8 Terbaru Dari Steven Spielberg 2011





Filem Super 8 bukanlah filem mengenai 8 orang super hero, sebaliknya Super 8 adalah sebuah filem mengisahkan kejadian pelik pada tahun 1979 yang dirakam secara tidak sengaja oleh dua orang remaja menggunakan kamera lama dilengkapi filem plastik dari jenis Super 8. Filem kamera jenis Super 8 adalah gulungan filem plastik untuk kamera kecil ala-ala handycam zaman dulu-dulu. Kamera jenis ini popular pada zaman 90-an sebelum kemunculan handycam digital.

Dua remaja itu adalah Jackson Lamb dan Alice Dainard. Tatkala sedang seronok membikin filem sendiri untuk koleksi peribadi mereka, Jackson dan Alice terkejut menyaksikan pelanggaran dua buah keretapi yang bertembung di sebuah landasan berhampiran tempat mereka berada ketika itu. Terfana oleh kejadian tersebut, kedua-dua mereka menghampiri tempat kejadian sambil merakamkan kesemua yang dilihat oleh mereka.

Selepas kejadian pelanggaran kedua-dua keretapi yang disaksikan oleh Jackson dan Alice, pelbagai peristiwa pelik muncul satu-persatu, termasuklah kehilangan beberapa orang penduduk yang menetap di tempat tinggal mereka. Setelah disiasat, kehilangan penduduk kini dikaitkan pula dengan aktiviti penculikan oleh makhluk asing dan kehadiran makhluk asing tersebut di kawasan berdekatan.



Thrailer Filem Super 8




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 10, 2011

7 Komen:

  1. Dah tengok pun semalam.
    Bagi saya suspen jer lebih movie ni tapi jalan cerita dia biasa saja.

    BalasPadam
  2. tatkala orang kita asyik dengan crita tahyul deme terus bongkar misteri makhluk asing... bagai langit dengan bumi kita ni

    BalasPadam
  3. macam best je ceritanya...

    BalasPadam
  4. salam
    dah lama tak tengok hasil tangan spielberg
    harap2 yang ini juga memuaskan

    BalasPadam
  5. lama tak ke pawagam hurm rindu pula masa zaman beajar dulu slu pegi satu rumah heeee

    BalasPadam
  6. bro tehr kki wayang jugak ni heee

    BalasPadam
  7. Dah tengok cerita ni, takde lah best sangat pun, hero2nya budak2 semua...

    BalasPadam