Perlawanan Akhir Piala FA 2011 : Terengganu Lawan Kelantan






Salam semua, pertembungan akhir klasik antara dua negeri pantai timur ini amat dinantikan penyokong fanatik mereka kerana ini merupakan kali pertama Kelantan dan Terengganu bertemu dalam mana-mana perlawanan akhir.

Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.

Buat pasukan Kelantan pada 2009 mereka beraksi di perlawanan akhir menentang Selangor, namun gagal untuk menjulang piala buat pertama kali selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti. Jadi kemenangan malam ini pasti mengubat kelukaan 2 tahun lepas.

Jadi kita nantikan keputusannya nanti dan ramalan saya mana pasukan yang menang nanti berkeputusan 2-1, tidak kira Terengganu mahupun Kelantan serta harapan saya biarlah dengan penuh semangat kesukanan tanpa sebarang insiden yang tidak di ingini berlaku pula nanti. Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 11, 2011

5 Komen:

  1. ramai geng kelate dah tawar hati nok tengok pelawanan mlm ni

    dikatakan perlawanan mlm telah dibeli dan dah tau keputusanya.... terengganu menang?

    entak iye ke tidak, tapi itulah yg saya dengar sewaktu balik ke kelate baru2 nih...

    adik ipar mula2 bersemangat sungguh nak pergi... tak jadi pergi dah tawar hati...

    kome no komen tunggu dan lihat je

    BalasPadam
  2. salam
    macam2 cerita dah tersebar
    harap2 segalanya teratur, bukan diatur

    BalasPadam
  3. Dakwaan perlawanan mlm ni diatur tu mgkin hanya gimik atau perang psikologi shaja. Apapun kawe sokong Klate weh...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15 Jun, 2011

    jgn la nk save face kalu kaloh, redha je lah. jgn lah buat fitnah, seseungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh.taw:)

    BalasPadam