Selamat Tinggal Tanjung Pagar Dan Bukit Timah





Stesen Keretapi Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan jirannya Malaysia. 

Apapun berkuatkuasa 1 Julai, 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan, dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan. 




Pada 24 Mei, 2010, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa khidmat KTMB akan berakhir di WTCP dan bukan lagi di Tanjung Pagar berkuatkuasa 1 Julai, 2011.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa struktur Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Stesen Keretapi Bukit Timah di Blackmore akan dikekalkan kerana nilai sejarahnya.

Sumber:
AsiaOne,Berita Harian


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Jun 26, 2011

8 Komen:

  1. Malaysia rugi banyak sebenarnya dengan deal PM yg terbaru ni. Tak nak komen banyak-banyak.

    BalasPadam
  2. bangunan warisan..lebih baik dikekalkan...

    BalasPadam
  3. penjara pudu di tanahair sendiri dirobohkan .

    BalasPadam
  4. Sallam,

    Akhirnya tinggal kenangan...

    BalasPadam
  5. baik terus dikekalkan.cuma kedua
    negara kena berkerjasama la.

    BalasPadam
  6. salam
    aku pernah singgah di tanjung pagar ni

    perubahan mengikut peredaran masa
    kadang berubah dari sedikit menjadi banyak
    kadang berubah dari banyak menjadi sedikit
    hehe

    BalasPadam
  7. hemm...tak penah lagi pergi sini..

    BalasPadam
  8. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA


Carian Blog