Aku Seorang Blogger : Nak Rasa Juga Bagaimana Pakai SARJAN





Bercerita tentang "Aku Seorang Blogger" tiada apa yang menarik sangat  tentang blog saya. Saya mula mendaftar sebagai seorang blogger seawal 2008, kerana terikut-ikut dengan isteri saya yang terpaksa membuat sebuah blog untuk menyudahkan pengajian beliau di maktab perguruan. Rasanya ramai para guru yang tahu mengenai perkara ini. Setelah itu dalam ketidakfahaman lagi tentang blog maka terbiar begitu sahaja tanpa sebarang entri yang saya keluarkan.

Mula menulis seawal 2010 setelah jemu dalam laman forum yang saya sertai, saya cuba mencari wadah baru untuk saya menyampaikan pandangan, pendapat mahupun kisah hidup saya di ruang siber. Alhamdulillah setelah aktif berblogging ini ramai rakan baru yang saya dapat yang selalu komen di blog saya. Ada di antaranya yang pro mahupun kontra, tapi itulah adat berblogging, kita tidak boleh hanya mengharapkan semua orang  menerima penulisan kita.

Bercerita tentang soal duit dalam blogging, saya setuju sangat dengan pandangan seorang rakan blogger SBC yang mencadangkan buat para blogger baru agar membina dan memperkukuhkan blog anda dari segi SEO untuk mendapat tempat di carian enjin (SERP) barulah anda mula meletakkan iklan di blog. Acapkali kita dengar ramai para blogger mengeluh ketiadaan pendapatan berikutan syarikat pengiklanan tidak menganugerahkan sebarang BE pada blog.

Rasanya mereka (pengiklan) ada alasan tersendiri. Blog saya sendiri bukan selalunya berpendapatan kerana memang ini bukanlah blog popular yang hanya sekali posting entri baru, beribu datang masuk membacanya (peminat setia). Dari sumber google analytics blog saya hanya 25% pembaca adalah mereka yang sama datang semula, selainnya adalah dari carian enjin (organik). Agak bertuah kerana banyak entri saya mendapat tempat di SERP. Bukanlah sebuah blog yang baik untuk di jadikan contoh tapi saya merasakan lebih kepada tuah sahaja.

Kebelakangan ini ramai para blogger yang mula muak membaca blog yang terlalu melampau dalam copy paste. Blog saya sendiri pun kadangkala copy paste juga penulisan dari akhbar-akhbar kerana selalunya artikal mereka kurang mendapat tempat di carian hadapan(SERP). Saya sekali lagi menumpang tuah dari perkara itu. Pengolahan tertentu saya lakukan untuk mengelak dari di gelar BLOGGER COPY PASTE.

Tak semua blogger pandai menulis dengan penulisan yang cantik dan berbahasa cantik, saya akui saya juga seorang darinya. Tetapi nasihat saya berpadalah dalam meng"copy paste" yang melampau, setidaknya di lakukan pengolahan sedikit sebanyak. Akhir kata, buat rakan pembaca semua..terima kasih sudi singgah dan membaca tulisan saya. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang singgah-singgah lagi di sini.



Mutakhir, hari ini Google baru sahaja mengemaskini Page Rank mereka yang pada saya ibarat pangkat dalam tentera. Almaklum adik beradik saya yang lelaki semuanya tentera, cuma saya sahaja bukan. Jadi rasanya, pada pandangan Google mana blog yang di rasakan layak akan di naikkan Rank mereka. Alhamdulillah blog saya juga mendapat kenaikan dari 0 ke 3. Ibarat pangkat SARJAN, 3 paku lah katakan. Menepati ramalan MENTOR saya sebelum ini..wassalam.


“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee dan Ellen“.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 27, 2011

38 Komen:

  1. Salam...

    Koi nye blog x ramai pengunjung..
    X bape mesra SEO gamaknya..
    bukan xnak try naikkan page rank tp masa x mengizinkan...Tapi BE tetap datang..Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. tahniah bro, sememangnya blog ni layak untuk memakai 3 calit, malah lebih dari itu :D

    BalasPadam
  3. cayalah bro zul naik tiga terus..tapi rasanya dot blogpsot bukan memang dari pr tiga tak???

    BalasPadam
  4. tahniah bro zul.. kekalkan momentum dan mungkin boleh pergi satu atau dua calit lagi hee

    BalasPadam
  5. huh sarjan dah deme yek...
    tahniah weh

    BalasPadam
  6. @Anak Ulu Cheka

    ada lagi 2 geng Pahang
    pakai Sarjan:
    1-Sarjan Miecyber
    2-Sarjan Relevan Sokmo

    :D

    BalasPadam
  7. x perasan pulak auc dot com dapat 2 paku dah weh kurang satu paku dari deme keh keh keh

    kira ok dah tu baru 6 bulan berdomian tu

    byk belajor dari sini tq3x

    BalasPadam
  8. Hehehe...koi ade jg yg kopi paste nih..
    tgk mase laaa...klau dtg maleh...tu yg kopi mengopi jerr...:)

    #Tahniah bro...mmg layak dpt tu...koi pnye PR dh turun...dr sarjan gi ke Koperal jekkk...hehehe

    BalasPadam
  9. tahniahhh!! PR3 pun tinggi tauuu...

    terima kasih tolong bagitau PR update..
    memang xsedau..busy sangat :D

    p/s; adik beradik lelaki tu ada yg bujang x?

    just kidding ^_*

    BalasPadam
  10. tahniah dan tabek tuan sarjan ..

    banyak istilah yang awak gunakan yg saya tak faham. contohnya SEO, SERP dan BE.

    Patutlah saya tak dapat sarjan ! apa pun tak tahu .. hehe

    BalasPadam
  11. tahniah la dah berpangkat sarjan zulkbo skrg ni....untung juge buat blog ni ya boleh naik pangkat!

    BalasPadam
  12. terbaik tu dapat PR 3.. saya hanya PR 2 je.. takpe lah .. cukuplah tu..

    BalasPadam
  13. Salam Zul..

    Tahniah..result semakin baik

    BalasPadam
  14. Salam Zul, Tahniah diatas peningkatan tersebut semoga terus aktif. Bab meng"copy paste" tu kalau keterlaluan mmg tak bagus juga... walaupun terkadang saya pun buat juga kerje gitu berpada-padalah yak :)

    BalasPadam
  15. Banyak yang saya kena belajar dari saudara zul. Saya hanya tahu letak iklan je...tapi tak menjana pendapatan yang banyak...rugi gak rasanye.

    Nanti boleh ajarkan saya...ermmm saya nak tanya pun tak reti...huuu

    BalasPadam
  16. slm en.zul...semoga sihat2 selalu....

    tahniah...blog ni mmg layak dpt 3 calit heheeh

    BalasPadam
  17. @DaHLia

    sama-sama..
    alahai tinggal sorang je
    lagi itupun baru 18 tahun
    je umurnya Cikgu..he he

    BalasPadam
  18. tahniah bro... memang best dapat PR3 .. saya setuju bab kalau nk pasang iklan mantapkan blog dulu dgn SERP , saya dah buat hasilnya pun puas hati :) percayalah .. mula2 kena cabar diri sendiri utk jd blogger yg mendapat tempat di mata google , alexa dan sebagainya ... nk copy boleh copy idea aje , ayat seeloknya2 di tulis sendiri kankan ..

    BalasPadam
  19. Salam ..tahniah bro.,masalah copy paste sering menghantui saya,idea yang perlu diterjemahkan dengan segera kerana kekangan masa untuk up date blog jadi terpaksa juga buat untuk menarik perhatian terutama berita yang 'hit'.Sebagai Sarjan Blogger aku kena tabik spring pakai 3 jari(Scout)namun aku bersyukur sebab dah bukan konstabel lagi ada dua calit(PR2).T.q atas nasihat anda yang amat berguna.

    BalasPadam
  20. Assalam...
    Tahniah..
    Nampaknya semakin maju tu..
    blog saya masih di takok lama, maklumla skrg ni semangat dah semakin kurang, up date pun dah jarang2.
    InsyaAllah, lepas berpantang nanti (ujung tahun kot), nak aktif semula la..

    BalasPadam
  21. Salam.
    Good luck dengan contest ni dan tahniah dapat PR3, :D

    BalasPadam
  22. tahniah dengan PR3, moga terus meningkat lagi..

    BalasPadam
  23. salam
    dan tabik tuan
    kawe dapat pangkat 2 je

    BalasPadam
  24. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  25. Salam bro.
    Gunakan SEO untuk dapat tempat dalam SERP dan tingkat traffik ke dalam blog dulu, barulah mula beranggan-anggan nak dapat duit dari blog. Kalau nak pasang Iklan tu, biasanya klik datangnya dari visitor search engine, bukan yang dah selalu masuk blog ni.

    BalasPadam
  26. @Sabahan Bloggers Club

    setuju dengan anda..
    terima kasih berkongsi
    tips berguna tu..
    :)

    BalasPadam
  27. tahniah bro..even aku blom paham lg ape peranan pr tu.. -_-'

    byk gak ilmu bole blajo dlm blog kamu nih..
    anyway, gud luck contest.. c",) beri tunjuk ajar

    BalasPadam
  28. @Jebat aku seorang blogger

    realiti blog saya bukanlah
    contoh terbaik untuk belajar
    SEO..terima kasih seandainya
    apa yang anda temui di sini
    boleh membantu...
    :)

    BalasPadam
  29. Semoga berjaya sarjan ! :)

    BalasPadam
  30. Boleh tahan bro punye blog ini,Dah dapat PR3,blog saya belum ada PR lagi.Salah 1 blog english saya sahaja yang dapat PR 1 dan dpt lebih 300 traffic sehari daripada google.

    BalasPadam
  31. best tu PR 3. tahniah and goodluck untuk contest ni. etomyam sifu bro eh. :D

    BalasPadam
  32. awal yang baik

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA