Alunan Warisan : Dewan Filharmonik Petronas





Alunan Warisan adalah gandingan menawan pelbagai tarian etnik dan warisan muzik dari pelbagai negeri di Malaysia. Persembahan yang mempersonakan di mulai dengan mak yong, diikuti dengan tarian lain seperti joget, inang, ngajat juga persembahan muzik termasuk dondang sayang, dikir barat dan gamelan.

Pada anda yang inginkan kelainan persembahan tradisional di tengah kota raya Kuala Lumpur dan di dalam suasana dewan bertaraf dunia bolehlah datang ke persembahan ini. Diadakan selama 2 hari 5-6 Julai 2011 (Selasa & Rabu ). Jangan lupa, pemakaian seluar jean adalah di larang :)

Harga Tiket (RM)
60 | 50 | 30 | 15

Pakaian:
Smart kasual (sebaiknya baju batik dan seluar slack)

Tarikh:
5-6 Julai

Masa:
8.30 Malam





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 27, 2011

8 Komen:

  1. assalam
    menarik jugak ni
    sekali sekala layan bende gini

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    kat kolumpo nih nak cari
    mende cenggini memang susah
    kalau ande pun exclusive
    sikit lah...
    :)

    BalasPadam
  3. Salam bro.
    tahniah kerana blog dapat PR3... :)

    BalasPadam
  4. salam, wah menarik jugak nikalau dapat layan benda ni

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Menarik tu..tak pernah lg tgk secara langsung depan mata...

    BalasPadam
  6. salam
    dapat bayangkan acara ni memang menarik
    memang tabik kepada penganjur dan pesertanya

    BalasPadam
  7. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA