Wajah Apabila Disimbah Asid : Apakah Hukuman Yang Sesuai?





TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam. Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.

Aziz juga mengarahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.

Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP




NOTA KAKI: Gambar di atas pula adalah suspek penjenayah yang di cari-cari oleh polis 2-3 hari ini kerana telah menyimbah hampir 23 orang, asid ke muka mereka. Tidaklah di ketahui asid jenis apa yang di gunakan penjenayah itu. Setakat ini belum tertangkap lagi, seandainya di Iran hukuman yang menanti penjenayah ini adalah di simbah balik asid ke mukanya semula.

Bagaimana pandangan anda? Perlukah undang-undang sedia ada di pinda, memandangkan masa depan mangsa yang sudah tentu gelap apabila muka di simbah asid sedemikian. Kalau dah 23 orang di simbah asid nampak sangat dah jadi seolah suka-suka pula penjenayah ini menyimbah asid ke muka orang :(




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 14, 2011

20 Komen:

  1. Hukuman yang terbaik macam itulah... simbah semula si penyimbah itu dgn asid :)

    BalasPadam
  2. Kejam.....potong aje anunya!

    BalasPadam
  3. Bakor jer hukuman nya...

    BalasPadam
  4. @mankuchai

    kalau pandangan CK Lah + ManKuchai
    alamat anunya kena "burn" juga mamat tu..he he
    :)

    BalasPadam
  5. simbah jewk asid kt muka dye..
    simbah sme bnyak ngn muka mngsa2 yg dh disimbah 2..

    BalasPadam
  6. Kena simbah asid ikut bilangan kali simbah... Simbah, tunggu baik, simbah balik, tunggu baik, simbah balik... Sampai cukup berapa kali dia telah menyimbah... Tu sepatutnya...

    BalasPadam
  7. kita bako je... he..he..he...

    BalasPadam
  8. salam,
    petanda semakin ramai orang yang sakit mental dan jiwa juga..

    BalasPadam
  9. Assalam..
    Kalau saya jadi Hakim, tak sanggup rasanya nak jatuhkan hukuman, nasib baik x jadi Hakim.
    Apa2 pun, biarlah dia terima hukuman setimpal dgn perbuatannya..

    BalasPadam
  10. simbah asid jugak. tp sikit-sikit. simbah beberapa kali mengikut jumlah mangsa yg telah disimbah. klu dah 10, sepuluh kali kita simbah die.

    BalasPadam
  11. kena hukum qisos tu

    simbah asid kena balas simbah asid kat muka dia

    BalasPadam
  12. dia nie hadapi sakit jiwa kot..kne jumpe psikiatris nie huhuh

    BalasPadam
  13. Masaalahnya hanya perempuan berbangsa melayu yang kene...adakah ini satu perbuatan racist?
    <a href="http://yastro.blogspot.com/2011/05/rupa-penjenayah-simbah-asid-dikenal.html#IDComment152132897> Rupa penjenayah simbah asid </a>

    BalasPadam
  14. Simbah balik dia ni dengan Asid?
    Sakit ke apa budak ni nak simbah orang plak.

    BalasPadam
  15. Tangkap la dia cepat2 wahai En Polis. Kami pun naik risau kalu nak keluar rumah sekarang

    BalasPadam
  16. Salam cik Zul..
    kalo ikut hukum islam mudahnya, laksanakan Qisas.. balas apa yg telah org tu buat, maknanya kena simbah asid smula berdasarkan ayat quran surah al baqarah..

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama16 Mei, 2011

    simbah muka dengan seluruh badan die..pastu kelar,rejam bg mampus!!!

    BalasPadam
  18. salam
    memang tindakan kejam
    sampai bila pun manusia tak serik dengan hukuman yang ada sekarang

    BalasPadam
  19. Kne simbah 23 kali la kan?

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama23 Mei, 2011

    sbb tula hukuman Allah tu yg terbaik, andai hkuman sedia ad dgunakan, stkt kne pnjara je la gamaknye....xde rs gerun di ati penjenayah terbabit...mkn mnum ditggung dlm pnjara...

    BalasPadam