Hari Yang Suram Bila Blogger Bermasaalah





Salam semua, hari yang suram bila Blogger dalam proses penambah baikkan atau apa pun alasan mereka tetapi benar merubah suasana dunia blogging mutakhir. Ramai para blogger seolah mati kutu apabila banyak ilham yang ada tidak dapat di kongsi sesama pembaca.

Blog ini turut merasai kesannya apabila sepanjang hari saya tak dapat nak log in masuk ke dashbord untuk melakukan posting. Begitu juga apabila ke laman blog rakan yang menggunakan tapak blogspot komen tidak dapat di tinggalkan, kecuali yang menggunakan komen plug in.

Turut tidak mengembirakan apabila 2 posting terakhir di blog saya seolah di buang oleh Blogger. Menurut Blogger gangguan sementara sahaja, harapan saya begitu jualah. Bagaimana anda pembaca semua yang turut mempunyai laman blog bertapakkan blogspot, adakah mengalami masaalah yang sama?

Alhamdulillah selepas jam 12.30 pagi ini setelah berkali-kali mencuba akhirnya dapat kembali menulis entri ini untuk di kongsi pengalaman bersama pembaca. Buat para blogger yang bertapak Wordpress nampaknya tidak mengalami gangguan yang sedemikian.

Walaupun hanya untuk sementara tetapi kekerapan dari semalam dan kembali pulih seketika kemudian berlarutan pula seharian hari ini menjadikan ramai para blogger mula berkira-kira hendak bertukar ke tapak Wordpress yang khabarnya kurang mengalami masaalah. Entahlah...bagaimana dengan anda semua?

Pada saya terasa sayang juga hendak meninggalkan blog ini yang sudah sebati dengan diri saya. Ditambah lagi blog pun sudah mesra SEO, jadi keputusannya saya akan melihat perkembangan seterusnya dari Blogger dan harapan tinggi saya agar masaalah mereka tidaklah berpanjangan. Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 14, 2011

15 Komen:

  1. dugaan kan.sabar je lah.huhu

    BalasPadam
  2. Saya pun agak kecewa juga. "Entry" terakhir diblog telah hilang sebaik sahaja perkhidmatan blogger dipulihkan.

    Harap ada penjelasanyang munasabah berkenaan musibah ini.

    BalasPadam
  3. harapnya ia tidak berlanjutan...

    BalasPadam
  4. memang ada maklumat pada web google status menyatakan semua posting selepas 11 mei terpaksa di remove ketika blogger masih untder maintenance...mungkin disebabkan oleh malware/virus yg menyerang web blogger dalam tempoh itu jadi terpaksa pihak blogger remove...Blog Sensasi juga kehilangan beberapa entri yg di post selepas 11 mei termasuk entri auto publish...apa pun yg pentin g kita dapat post semula entri yang baru

    BalasPadam
  5. jom la tukar ke wordpress bestt hheeee hasutan tu

    kalu begini sokmo boleh pitam gamoknye weh

    buat2 n3 hilang gitu je x de backup pulak tu

    BalasPadam
  6. entry terakhir saya juga hilang huuu..sedihnya..walupun ada wordpress saya ttp juga updte blogspor stip hri huu

    BalasPadam
  7. semalam ok lagi mula dri pgi sy cuba masuk blog ni tak blh..

    blog cik tira tak leh masuk gak..dll bloge rpakai blogspot huuu

    BalasPadam
  8. salam
    dugaan memang datang dari berbagai penjuru
    wordpress juga ada masalah, bro
    terutama spam [dengar cerita rakan]
    alhamdulillah, blog saya masih ok

    BalasPadam
  9. kami tak sempat nak update blog masa 11 mei ari tu..
    blogger lebih friendly user dari yg lain,
    rasanya kami tetap setia bersama blogger..:)

    BalasPadam
  10. Bagilah blogger berehat kejap he3....alhamdulilah dah pulih nampaknya..

    BalasPadam
  11. ok dahh. hihi~

    *ai bayar usd10 setahun pun kene jugak...sobsob!

    BalasPadam
  12. Nampaknya dah ok. Mujurlah masalah ini tak berlarutan

    BalasPadam
  13. Nasib baik komen aku guna ID...kalau tak ngan komen pun x boleh...rasanya dh okey kot...

    BalasPadam
  14. posting dah dapat balik tapi blog design yang saya baru buat semuanya hilang..., adoooi....

    BalasPadam
  15. blogger takde masalah bro. Sebab blogger tu orang je. Yang masalah tu blogspot kot. Tapi takpe, skang dah ok.

    BalasPadam