Bila Blog Tak Boleh Log Masuk : PANIK ?






Salam semua, alahai panik la juga tadi dalam pukul 6 petang masuk blog nak log in ke Blogger tak boleh. Mulalah bermacam-macam bermain di fikiran "dah kena block ke blog ni?" atau dah kena spam? Cuba berjalan ke blog lain, ada yang boleh masuk tetapi tak boleh nak komen, error dan bermacam alasan lah dari pihak Blogger.

Mau tak panik kerana khabarnya seawal bulan Jun  nanti Blogger akan mula menutup blog yang tidak aktif sebelum ini tanpa soal jawab. Alhamdulillah dah boleh posting entri seawal jam 7 petang tadi...ermmm..lega rasanya..PANIK, jangan tak panik.he he. Agak-agak apa lah masaalahnya tadi ye?

Bila dah jadi begini ramailah di kalangan blogger yang mula berkira-kira hendak berpindah ke self hosting dan bertukar tapak ke Wordpress. Bagaimana dengan anda semua? Bertukar ke self hosting khabarnya menggunakan kos juga dan perlu di perbaharui setiap tahun, jadi nampak gayanya kalau nak yang free bersabar je lah.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 13, 2011

19 Komen:

  1. Yalah...berasap juga kepala tadi kejap...

    BalasPadam
  2. bila blog x leh log in,semua busy update status kt facebook.group kat facebook bertimbun je org dtg.ye lah.blogger berkumpul x leh nk update blog

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya. Tadi blogger demam agaknya :)

    BalasPadam
  4. seakan2 blog kome remove dulu la nih

    bahaya weh simpan la mana2 data yg penting

    tapi blog ok je tadi tu heheheheh

    BalasPadam
  5. assalamualaikum...

    ummi pun kena kes yg sama....Alhamdulillah dh ok

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Ya memang panik tapi bila tengok matlumat dari blogger dia orang tengah buat maintenance...:)

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Blog saya tak boleh sign in jam 12 tengahari tadi, dalam jam 4 petang baru ok. Rasanya blogger buat berperingkat-peringkat kot. Tak ada satu pun blog yg boleh komen melainkan blog WP. Panik la jgk mula tu tp dah heboh dalam FB, baru ok sikit...

    BalasPadam
  8. kadang2 blogger sy tak boleh menulis..ruang posting tu x keluar..mmg cemas dibuatnya :D

    biasalah tu cik Zul,kdg2 system down jgkkan :)

    BalasPadam
  9. Saya panik jap jugak tadi cuma lom pengsan jer lagi...

    Jerebu kembali lagi....

    BalasPadam
  10. saya pun panik tadi bro..baru je berhasrat nak buat entry..tup tup tak boleh sign-in. tapi lega sikit rasa tengok kawan-kawan lain pun share masalah yang sama kat fb..

    BalasPadam
  11. benda free memang banyak ragamnya

    hehe

    BalasPadam
  12. dah dua tiga hari aku meracau sorang2,puas aku cari punca sehinggalah terbaca notice maintainace dari blogger.Mahu tak menyirap kalau entry baru delay publish dalam bloglist sampai berjam2 baru nak publish..aku tak tahu pula kalau orang lain ada masalah yang sama..

    BalasPadam
  13. salam..
    saya pun risau jugak tadi, dalam kepala dah fikir blog kena delete ke,,dah teringat ke blog lama. nasib buka mlm nih, dah ok. tapi still berjaga-jaga lagi. risau tetap ada.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Zul,

    Semalam blog.com bagi semua bloggers cuti umum. Bukan tempat kita je tau. Kat Mekah pun sama juga blog tak boleh access....

    Ujian buat blogger.

    BalasPadam
  15. Salm Zul, hari nei dah aktif blogspot sudah boleh di gunakan tenang semula fikiran saya :)

    BalasPadam
  16. salam
    sekali fikir macam blogspot beri cuti kepada bloggers je
    huhu

    BalasPadam