Google Analytics Beta : Berwajah Baru



Salam semua, sudah lama tak menjengah ke Google Analytics, bila masuk sahaja hari ini ada pautan meminta untuk mencuba Google Analytics Beta yang berwajah baru. Memang menarik sekali paparannya, selain sedap mata memandang dengan warna coklat kegemaran saya ianya juga mudah untuk di fahami.

Sekadar berkongsi analisa blog saya sepanjang bulan lepas bermula dari 15 April sehingga 15 Mei 2011. Agak menurun trafik masuk ke blog berikutan kurangnya kemaskini blog setiap hari. Saya cuba untuk kemaskini setiap hari, tapi kadang-kala kantoi juga..he he. Terima je lah apa yang ada :)


 
Berjaya mengurangkan Bounce Rate yang dahulunya 75% sekarang menurun ke 66.38% dengan penggunaan widget tertentu dalam blog antaranya widget random post dan latest post.


 
Peningkatan dalam organik trafik dengan 73.03 % datang dari carian enjin. Apabila kena dengan masa dan ketikanya banyak pengunjung mencari melalui carian enjin. Setakat ini blog ini lebih mesra dengan carian Google berbanding Yahoo, Ask mahupun Bing.


 
Yang paling saya tertarik ialah ada  juga pengunjung ke blog saya menggunakan  perisian iPad untuk datang ke blog saya. Antara gadget dalam perhatian saya untuk mendapatkannya tahun ini (iPad 2) he he :)


NOTA KAKI : Google Analytics adalah sumber analisa berguna buat para blogger untuk mengetahui perjalanan blog anda. Selain dapat mengkaji di mana kelemahan yang dapat membantu blogger untuk memperbaiki mana yang patut pada blog mereka dan yang utama sekali ianya  adalah percuma. Pada sesiapa yang masih belum mendaftar untuk menggunakan produk dari Google ini bolehlah ke LINK ini. Selamat mencuba, wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 15, 2011

15 Komen:

  1. UV sehari dah dekat 1K ke? Tahniah. Banyak blogspot saya yang maintain jer dalam lingkungan 800 UV sehari, nak cecah 1K UV sehari susahnya.....

    BalasPadam
  2. salam..

    dah lama jugak tak bukak google analytics nih. nak try lah. bagusnya carian dari google lagi banyak.

    Latest Entri :
    Download Video Lebih Mudah Dengan aTube Catcher

    BalasPadam
  3. mantop la bro! steady org Phg! :)

    BalasPadam
  4. terima kasih bro...menarik info ni..nak cuba lah! :)

    BalasPadam
  5. Salam. Baru jer register google analytis. (hilang pula blog ni semasa klik link kat atas) TQ dpt info sini

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Nak register jugalah..:)

    BalasPadam
  7. dah lama jugak guna GA nih

    tq kongsi maklumat

    BalasPadam
  8. salam..
    saya pun dah jarang kemaskini blog,trafic sure menurun..tapi nak buat camana.. kekangan waktu kan.. hehe

    BalasPadam
  9. Salam.
    Dah lama menyepikan diri dari dunia blog.
    Banyak yang kena belajar semula...

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Dah lama x tgk GA tu...
    setiap hari asyik tgk stats je...

    BalasPadam
  11. Salam cik Zul..
    sejak sy bertukar theme yg putih ni..
    mmg terlupa je nak masukkan google analytic tu..hehe
    malasnya nak letak sbb kadang2 dia tak jd.. :D

    BalasPadam
  12. Salam Zul, mmg niat nak update blog sokmo nak buat macam mana tak kesampaian sokmo macam2 hal :(

    BalasPadam
  13. Zul..
    Nak tanya, zul tahu tak pasal web ni...
    takepaidsurveyonline.com?

    Web apa tu ya? Setiap kali ada tetamu masuk @Laman Maya ckLah, URL itu mesti masuk sama (sejak 3 hari ini)

    Tolong Shifu! Tak retilah ckLah nak siasat.
    Cer tengokkan! Cer tengokkan!

    BalasPadam
  14. Wow...tahniah...
    Banyak trafik.

    Saya pun nak trafik sebanyak itu. Dah lama tak guna google analytic. Dulu guna jugak, tapi sekarang dah buang, tak ingat pasal apa.

    BalasPadam
  15. owh ada perasan pun..dah lama pun... sebab kita boleh guna yang old version..

    BalasPadam