Antara Barcelona Dan Manchester United : Juara Liga Juara-Juara ( UEFA Champions League) 2011





Salam semua, jangan lupa menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara awal pagi Ahad esok. Setakat ini, gergasi bola sepak Sepanyol itu mengharungi musim hebat dengan mempertahankan kejuaraan Liga Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut dan ke final Piala Raja Sepanyol.

Kemenangan ke atas United esok, bakal melengkapkan musim gemilang Barcelona. Saya percaya peminat Manchester United ada alasan mereka yang tersendiri dan pasti mengharapkan yang sama juga buat pasukan pilihan mereka. Bagaimana anda semua? Siapakah juaranya tahun ini...? Kita nantikan perlawanan penuh debaran ini siapa yang bakal bergelar juara baru.



Tak mahu cakap banyak, tengok baju pun dah tahu kan? he he..Best juga kali ini menonton perlawanan akhir liga Juara-juara bersama adik-adik ipar di Alor Setar. Ramai yang sokong MU tu..siap la korang..la la la..Wassalam.


KEPUTUSAN PERLAWANAN- di kemaskini


Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez.

Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1.

Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.

Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar.

Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1. 


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 28, 2011

14 Komen:

  1. Hidup Barcelona hehehehe....!!!!

    BalasPadam
  2. Sallam,

    Keh berkenan ke jersi tu je,
    Colourfil..chantek.

    BalasPadam
  3. oppsss..silap eja plak
    colourful..

    BalasPadam
  4. Dulu suka spain sebab ada Roul sekarang tak tau suka siapa.

    hehehe..

    BalasPadam
  5. mu ar mesti menang heeee..

    kli ini tak pakai bju bola tgok bola tapi smlm g beli baju warna biru jer hee...oklah kami berdua pakai rasa serasi bersama plk ekekkeee..

    BalasPadam
  6. Semestinya saya sokong Barcelona.
    Tapi tak pastilah dapat tgk live ke tak ni malam. Kerja banyak lagi tak siap....

    BalasPadam
  7. emyu menang, 2-1. semua gol jaringa rooney...sedekah satu gol sendirik kat barca...hehe

    BalasPadam
  8. barcelona juara wehh
    jgn marah geng MU

    BalasPadam
  9. salam zul..

    Barca menang 2-0..hehe

    BalasPadam
  10. tahniah barcelona 3-1 .... cayalah messi, pedro dan dvilla... mantap2 golnya

    BalasPadam
  11. kaya le broker judi kali nh....sebab keputusannyer tak bnyk yg ramal...

    BalasPadam
  12. Tahniah buat fan Barca...caya ahhhh!!!

    BalasPadam
  13. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam