Kenaikan Tarif Elektrik : Tahniah Rakyat Malaysia Tanda Negara Makmur





Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NOTA KU: Salam semua, tahniah ucapan buat rakyat Malaysia dengan keputusan kerajaan meluluskan kenaikan tarif elektrik yang baru sebentar tadi. Selepas kenaikan harga minyak Ron 97 ke tahap yang tertinggi, harga gula juga di naikkan. Syarikat yang di swastakan sebelum ini milik rakyat (Lembaga Letrik Negara) bertukar kepada TNB nampaknya akan membuat untung berganda-ganda. Kesan jangka pendek yang saya nampak kerajaan akan untung dari segi cukai yang di bayar syarikat tersebut. 

Tapi yang nyata kesan jangka panjang rakyat akan merasai kenaikan harga barangan secara drastik selepas ini, kerana memang alasan peniaga semua barangan menggunakan tenaga elektrik. Dari peti sejuk sehingga ke periuk nasi, sudah tentu kenaikan ini akan di bebankan kepada pengguna jua. Tiada ucapan lain yang dapat saya katakan adalah Tahniah! rakyat Malaysia..pencapaian di utamakan, keuntungan para pemodal diutamakan juga :( Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 27, 2011

18 Komen:

  1. Besok pagi saya nak tanam "SAYUR KEKANG ISMAIL"....
    Siapa nak join? Hahahahaha....
    Menteri sekarang ni, bcakap macam orang nak jual tanah jer.....

    BalasPadam
  2. kome nak join jugak tu "tanam sayur kekang ismail"
    betul dah tu rakyat didahulu
    barang2 naik sebab minyak, tarif elektrik naik sbb minyak jugak? tak pe kita jual minyak sayur yg kita taman nih jual kat kerajaan pulak hehehe

    BalasPadam
  3. Baguslah tu...Tanda rakyat Malaysia mewah, ada clas.
    Cakaplah apa pun Pak Menteri kita rakyak sedia menyokong...Setuju dengan Sabahan Bloggers.

    BalasPadam
  4. sayur yg dimaksudkan tu tebu la kot. kan ke gula mahal?

    lepas ni mcm2 pulak la isu depa nak timbulkan: masalah sosial byk, isu buang anak lagi, pompuan lambat kawen sebab alasan hantaran tinggi la..macam-macam lagi. (nampak macam ke laut tapi ada kaitan tuuu...semuanya sebab kite semua dah jatuh miskin)

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana memilih kerajaan yang bijak dan pandai menguruskan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

    Undilah kerajaan yang sama pada PRU 13 nanti yerr

    Jus Katak

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Kerajaan kita kaya la lepas ni...
    ada sapa2 nak jual tanah tak?
    nak tanam sayur jgk la, kot2 boleh jual minyak sayur...

    BalasPadam
  7. sokong kenaikan tarif....
    lambang kenaikan taraf...

    eee rakyat berpendapatan tinggi so kena la bayar harga yang tinggi, kan?

    BalasPadam
  8. Harge sayur je.Minyok,barang lain gone.

    BalasPadam
  9. bila ramai yang masih menyokong,apa yang diorang nak risaukan...

    BalasPadam
  10. salam..
    hmm..tahniah lah..mmg kerajaan kita sgt baik utk beri kejutan2 sbegini setiap tahun.. :)

    BalasPadam
  11. Tahniah!!!

    Inilah yang dikatakan NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

    Rakyat berpendapatan tinggi ke pemegang saham??? cer cite ce cite

    BalasPadam
  12. Bagus33.Kita mesti pilihhhhh !!

    BalasPadam
  13. @Sabahan Bloggers Club

    Pastikan tanam di kotak yang betul. Pangkah jangan tak pangkah yob!

    BalasPadam
  14. dskit kepala, hari tuh gula.. air pun dah mahal.. ada yang maintain harga..

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama30 Mei, 2011

    now kerajaan mengalamai krisis kewangan. almost same mcm inflasi sifar dlu2. sbb tu byk barang naik. nk tampung so that negara tak bankrap kot. nk negara terus papa kedana and merempat mcm negara jiran or penuhkan hawa nafsu dan perut kite2 semua dengan subsidi kerajaan bagi,gaji bertambah, minyak xpayah bayar, pelajaran untuk anak2 ke luar negara pun ditanggung . yayy. mestilah kite pilih second choice!kannnn kannn!
    senang kite bersama, susah kau sorang je =D

    BalasPadam
  16. Bercekik2 rakyat nak cari sesuap nasi tuk keluarga memasing....semua gara2 rakyat diutamakan...huhuhu

    BalasPadam
  17. hadoi..la wei. mana aku nak cari tanah ni. nak tanam sayur, cili, bla..bla.. (ayat tengah geram..gggr)

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama03 Jun, 2011

    salam...hem..da tak tahu nk ckp ape da... setiap kali kenaikan yang dilakukan pelbagai alasan diberikan...rakyat diibaratkan menanggung segala hutang kerajaan...kerajaan xde duit... rakyat kne bayar melalui pengurangan subsidi... itu rakyat... tp...pemimpin kita..apa yang mereka lakukan untuk membantu rakyat?????hem...jom la pakat2 tanam sayur dan padi belakang rumah...
    ( jgn smpai rakyat bangun memberontak mempertahankan hak mereka...kami bukan golongan yang boleh dipijak-pijak oleh kerajaan )

    BalasPadam