Cikgu Syida Dari Parit Semakin Popular







Salam semua, dah ramai yang memperkatakan tentang seorang cikgu yang di kenali di alam maya sebagai Cik Shida atau Cikgu Syida yang pandai membuat miming muka meniru aksi penyanyi dan di muat naik ke laman You Tube. Mula membaca kisahnya dahulu saya tidak lah berapa berminat hendak melihat kerana takut terkutuk pula aksi beliau (menambah dosa saya) jadi saya tahan.

Tetapi hari ini apabila sudah kedengaran di Radio Bernama 24 tentang beliau dalam segmen APA KATA ANDA?,  saya terus melakukan carian di You Tube mencari video beliau yang hangat di perkatakan. Antara video miming beliau yang paling mendapat sambutan adalah video lagu "Kalau Berpacaran", yang sudah mendapat bukaan lebih 1 juta . Ermmm..memang hebat dan tertarik sekali ni.

Maka saya pun layan juga video ini, erkkk..memang kelakar rupanya Cik Shida ini. Sesuai jadi bintang miming dan ternyata berbakat. Kalau di Hollywood pada pandangan saya, beliau mungkin dah kaya dengan bakat yang beliau ada. Pelbagai reaksi di terima pro dan kontra, tetapi saya puji beliau kerana masih bertahan dan tetap dengan cara beliau yang tersendiri.




Khabarnya juga kisah beliau pernah di muatkan dalam sebuah akhbar utama negara baru-baru ini, di samping pernah mendapat jemputan khas di rancangan yang di acarakan oleh penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza. Walau pelbagai kutukan dan pujian yang di terima beliau, nampaknya Cik Shida tetap bertahan dan terus naik auranya di alam cyber dari sehari ke sehari. Jadi,  apa kata anda?

Entri berkaitan:







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, April 18, 2011

27 Komen:

  1. Sesekali kalau nengok mmg kaco juga, kalau nak nengok drp sudut lain entohlah.

    BalasPadam
  2. salam..aku ada juga buat entry pasal dia ni bulan lepas kerana memang menjangkakn dia pasti malatop,jangkaan aku tepat..Siti Nurhaliza pun boleh panggil dia jadi tamu Talk Show dia,menjadi tamu di sebuah stesyen radio popular dan muncul dalam Selamat Pagi Malaysia dan kemarin keluar dalam Harian Metro front page..masok bertanding jadi YB pun boleh menang..

    BalasPadam
  3. sy prnh tgk video cikgu shida ni... lucu... ;p

    BalasPadam
  4. minat seseorang ni macam2 ragam weh....bagi kita berblogpun sudah memadai...lebih2 kang takut glamor melampau pulak...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum abg zul..

    mmg byk cara untuk popularkan diri kan

    BalasPadam
  6. salam bang zul.... saya pon tak tengok sangat n tak follow sangat tentang cikgu shida ni. hinggalah nama dia naik dari hari ke sehari. pernah sekali dijemput didalam rancangan radio hot FM yang disiarkan melalui TV.

    bakat dan gaya seseorang ni ada berbagai ragam. pada saya tak salah kot cikgu shida ni. dia tak ada kacau orang pon.mungkin penerimaaan sesetengah orang la dengan aksi dia tu sebab dia perempuan. sebab dia cikgu. tak semestinya dia perempuan dia cikgu tak boleh buat benda tu. Selagi tak kacau orang, tak salah rasanya.

    Kenapa tak kutuk artis2 perempuan yang terlalak2 kat atas pentas tu? kenapa tak kutuk pakaian mereka yang tah apa2 tu? hanya kerana menyanyi perkara biasa ker? hanya kerana mereka bukan cikgu ker?

    komen dari bukan peminat cikgu shida. bukan juga anti dia. hehe..think positif

    BalasPadam
  7. heee..tk minta dia heeeee..

    BalasPadam
  8. Ticher Shida sepatutnya masuk Raja Lawak ganti Amir..

    Ikan Patin Temerloh

    BalasPadam
  9. kata sy pulak,sy ttp tak minat dia walaupun glamour mna pun sbb sbg seorg guru, mestilah berakhlak utk keberkatan ilmu..lgpun dlm islam kan tak membenarkan bila perempuan menyerupai lelaki dan ternyata cikgu ni menyerupai lelaki dan menunjuk kpd khalayak ramai...aurat pun ada yg dibuka..huhuhu

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Saya pun belum pernah baca dan tgk aksinya lagi...
    Ada la terbaca tajuk ttg cikgu shida tp tak baca apa isinya...
    Setakat hari ni saya belum kenal cikgu shida lg...

    BalasPadam
  11. Hari ni ada seorang cikgu di dakwa edar Ganja..

    BalasPadam
  12. org seni akan menilainya sebagai salah satu seni

    tapi yg tak berseni tu kompem kata dia ni cikgu gila

    BalasPadam
  13. salam zul..

    Dah lama aku buat entry pasal dia-lagu kalau berpacaran tu..mmg kreatif walau ada yg mengutuk.

    BalasPadam
  14. salam semalam ada baca paper metro..hebat dia sampai 1 juta hit

    BalasPadam
  15. ni tak bley ni....melanggar etika seorang penjawat awam...memberi imej buruk...
    dia pun dah glamour..boleh PECAT ni..bagi 3bulan gaji notis 24jam...soh dia jadi artis..bikin malu jer..bangsa dan agama...ptuih..!!...ceh..aku komen macam ni lebih kurang jer...ptuih..!!!

    BalasPadam
  16. Malu perisai adab dan Iman, jadilah wanita yang pemalu..

    BalasPadam
  17. Walaupun minah ni dah glamer sakan kat dunia tenet...aku masih lom penah tengok mende yang dia buat...tah, rasanya mcm x berminat jerr...hehehe

    tag n Giveaway

    BalasPadam
  18. b3njy rasa seorang bakat telah dilahirkan kedunia ... semua orang berbakat ... bakat melukis, menyanyi, lawak, bola sepak, blogger ... tetapi bakatnya yang 1 ini ... terlalu sukar dicari kerana itulah anugerah Tuhan kepadanya.

    Apa kata kita tinjau2 bakat sendiri kita ... mungkin ada tetapi belum tertonjol lagi ... tahniah kepada cik syida ... anda adalah uniq ..

    p/s: kalau free jom join 'my click-click contest' kat http://www.benjystanis.co.cc

    BalasPadam
  19. salams,

    mungkinkah jiwa seninya mengatasi jiwa keguruan...Guru itu model terbaik dan seperti kata peribahasakita..."guru kencing berdiri, ank murid kencing berlari..." fikir-fikirkan

    BalasPadam
  20. hebat la cikgu syida! dia adalah contoh org yg tak peduli kata2 org lain. sebab adat la, org sekeliling kita ni banyak yg nak menjatuhkan kita je~

    BalasPadam
  21. Salam abg zul,

    Saya pernah juga terbaca cerita tentang cikgu shida ni.Secara peribadinya saya tak tahu nak komen apa.Cuma saya tabik sebab dia berani mencipta kelainan walaupun banyak komen berbentuk negatif yang diterima.

    BalasPadam
  22. kesian cik syida kena kutuk. Tapi apa yang dia buat tu aku suka.

    BalasPadam
  23. Salam..
    Tiada siapa pun yg tdak pernah mlkukan ksilapan.. Yang kecil mahupun yang besar.. Jika s'orng itu mlkukan ksilpan,tegurlah dgan SOPAN SANTUN.. Mana la nak tahu kan,diri sendiri lagi banyak dosa dari orang lain.. Muhasabah la diri sendiri.. Jadilah insan yang disenangi dan disayangi oleh orang sekeliling.. Jika kamu mnjatuhkan maruah orang lain,suatu hari nnti orang lain pula yang akan menjatuhkan maruah kamu...

    BalasPadam
  24. kalau tak suka jgnlah sampai nak meludah.....sebagai manusia,saya minat persembahan cikgu syida.....nampak natural.....dari sudut agama...nok komen.
    kalau yang komen (ckp menjatuhkan profesion perguruan)dari seseorang yang berjawatan guru....memang kelakar.....saya nak bagitau,perangai cikgu sekarang bukan molek sangat(yg ni takde kena mengena ngan cikgu syida)...cuba renung wahai cikgu cikgi....cikgu sekarang mengajor pun kerana nak gaji jer...kebanyakannyalah....kalau murid tak bayar duit tuisyen,kena halau keluar kelas pun ader...kalau jamuan makan,berebut macam budak2....cikgu sibuk nak cari duit,nak banding kereta......cuba renung2 kan....masa saya nak amk peksa dulu....penilaian darjah lima,sekarang upsr.....masa tu tahun 81.....saya ingat lagi cikgu murad....dia cakap saper nak tuisyen boleh dtang umah cikgu.....tak mintak duit pun.....saya rasa susah nak jumpa skang ni.....mungkin ader.....
    maaflah cikgu2...saya lama duduk dengan cikgu2....tapi tak dinafikan ader yg baik....yang bagus....apapun.....saya sokong cikgu syida......hahahhahaha

    BalasPadam
  25. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  26. fuh, Cikgu Shida memang popular, tapi masih popularkah dia sekarang?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA