Pilihanraya Negeri : Dewan Undangan Negeri Sarawak




Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar esok (Isnin 21-Mac-2011) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri  ke-10 diadakan.-BERNAMA

Dewan Undangan Negeri Sarawak kini mempunyai 71 orang Ahli yang dipilih. Seorang Ahli bagi setiap kawasan pilihanraya negeri. Luas kawasan pilihanraya adalah berbeza-beza dengan jumlah pengundi paling ramai daripada kawasan-kawasan bandar manakala kawasan luar bandar yang luas mempunyai jumlah pengundi yang kecil disebabkan masalah perhubungan.

Selepas pilihanraya negeri di adakan, seseorang wakil yang dipilih akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima tahun atau sehingga pilihanraya negeri baru di adakan.Di bawah sistem kerajaan berparlimen, parti politik atau parti campuran yang mempunyai suara majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai hak untuk menubuh Kerajaan Eksekutif atau Kabinet. 

Ketua Parti majoriti berkenaan yang pada pendapat Yang di-Pertua Negeri mempunyai keyakinan majoriti, akan dilantik menjadi Ketua Menteri. Parti minoriti di dalam Dewan Undangan negeri pula akan menjadi pihak Pembangkang. Sekiranya kerajaan yang memerintah kehilangan majoriti atau ditewaskan di dalam Dewan atas isu-isu utama, mereka harus melepaskan tampuk pemerintahan.

Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana parti utama untuk mendapat dan mengekalkan jumlah majoriti keahlian di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengekalkan tampuk pemerintahan negeri Sarawak.


NOTA KAKI:Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Tan Sri  Taib Mahmud bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 nanti.Untuk pengetahuan semua,Tan Sri  Taib Mahmud yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.

Entri Berkaitan:






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 20, 2011

5 Komen:

  1. Sallam,
    Beliau patut mengotakan janjinya tahun ni untuk memberi laluan kepada orang baru...bagaimana?

    BalasPadam
  2. Selamat membuburkan DUN besor belanje nie :)

    BalasPadam
  3. Lepas ni pilihanraya umun kat malaysia barat pulaklah..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama21 Mac, 2011

    jangan jadi slave debts sudah......n jangan jd freemason

    BalasPadam
  5. undur lah.. bagi peluang orang lain... duit tuh dah kepul2 banyak tuh..

    BalasPadam