Salam semua, semasa entri ini di publish saya sekarang dalam perjalanan pulang ke Jengka Pahang.Sempena musim cuti sekolah yang berbaki 3 hari ini saya mengambil kesempatan membawa keluarga menziarah kedua orang tua saya di sana.
Selalunya saya akan auto publish entri yang ada dalam simpanan blogger draft saya,tetapi kali ini rasanya blog ini pun nak berehat juga,jadi saya matikan saja niat saya itu.Harapan tiadalah yang merindui atau tertanya-tanya ke mana pergi mamat seorang nih?Hehe.
Insyaallah di panjangkan usia kita bertemu lagi di ruang siber.Pada anda yang selalu menyokong dan tak jemu singgah di zulkbo dot com amat saya hargai sumbangan anda memeriahkan blog saya...TERIMA KASIH.
NOTA KAKI: Ada projek besar juga di sana, nanti saya kisahkan di entri yang akan datang...ermm...apa nak buat kan? Tiada coverage Maxis Broadband di sana maka bercuti blogginglah saya sebentar.Wassalam.
