Petua Mengurangkan Buncit Buat Lelaki



Salam semua, buat rakan- rakan  lelaki yang umurnya semakin meningkat , selalunya masaalah perutlah yang menjadi igauan ngeri buat mereka. Kenaikan lemak-lemak buncit di perut jika tidak di jaga memang nampak agak jelek di pandangan mata. Akan terserlahlah ketuaan kita jika berperut buncit.

Kita selalu nakkan Mrs kita slim dan maintain, apa kata kita pun sesama maintain barulah Mrs akan rasa bangga bersuamikan suami yang hensem..he he..tak payah ada ketak pun tak pe, asalkan buncitnya tidaklah terlalu menonjol sudah cukup baik pada mereka. Apa kata anda cuba petua saya ini;

1-Minyak Zaitun 

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan  serta mengatasi masalah berat badan.
 
2- Limau Kasturi + Kapur Makan 

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya.Selamat mencuba.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 17, 2011

34 Komen:

  1. Ada orang kata buncit tu tanda bahagia..hehe..betul ke? tapi bagus la amalkan petua tu...sejuk mata isteri-isteri memandang...

    BalasPadam
  2. Salam Zul, mmg betul dah berumo nie dapat pingat PJK - perut jauh kedepan insyaalah nanti saya cuba petua awak tu :)

    BalasPadam
  3. bagus info nih.. boleh cuba utk hubby.. dia duk susah hati tang perut dia.. hehehe..

    BalasPadam
  4. Owh...baru saya tau miyak zaitun bley kurangkan buncit ^_^. Kenaa beli minyak zaitun nih.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum abg zul...

    ada org kata jangan minum selesai makan..tunggu hingga 20 minit..betul ke???

    BalasPadam
  6. @sahromnasrudin

    Wsalam wbt..
    Pada saya minum boleh je..
    janji yang suam@panans,jangan ais..terbaik teh sebab teh ni bersifat anti oksida..semua lemak
    di buang sekali nanti..
    :D

    BalasPadam
  7. salam,

    limau kasturi & kapur tu... mmg tau,
    tapi minyak zaitun, baru ari ni tau..
    hehehe TQ
    good info...

    BalasPadam
  8. wah..hehehe...nnti bley ckp kt ayh ni....hehe..

    BalasPadam
  9. takmo bagi tahu suami petua ni..
    ;)

    BalasPadam
  10. salam Zul..

    Bagus petua ni..ada bermacam2 petua lain lagi cuma nak dengan x nak buat je..apapun eloklah dicuba.

    BalasPadam
  11. Ha ha boroi itu seksi..

    BalasPadam
  12. Mak kata perut buncit lambang kemewahan dan hati senang...lawak betul orang tua tu.
    Lain-lain petua ada lagi ke En. Zul?

    BalasPadam
  13. salam zul
    rasanya chii pernah share ngan sumone pasal buncit laki ni..hehe..

    ni petua dr ayah chii sendiri..
    1. makan hanya sekali..maksudnya walau macam mana sedap sekalipun lauk yg ada, ayah tetap mkn skali je..kirenya takkan ada 2nd round..so kalo nmpak lauk kegemaran ke..dia akan amik lebih sket nasi

    2. makan x bersulamkan air..rasnya ni sumer org tau da kan..

    3. bykkan makan buah2an tempatan..terutama skali betik,pisang,mangga dan buah2 yg mempercepatkan proses penghadaman :d

    tp yg slalu chii dgr pasal perut laki..semakin kedepan perut laki..semakin bahagia lelaki tu dlm idupnya..eheh..betul ke idak..kena tanya pada pakar :p

    BalasPadam
  14. heheheh...
    buncit tu seksi hahahhah...

    xdela!! hehehhe... bgs la amalkan petua2 mcm ni...xkira lelaki atau ppuan kn?? ;)

    BalasPadam
  15. aku rasa pemakanan ni suplementary je..apapun senaman adalah cara terbaik untuk menghilangkan perot boncit..tetapi wanita sekarang aku rasa tak kisah sangat perot boncit...asalkan poket pun boncit..muka encem..badan ketak2 cam Mr.Univer pun kalau pokai...lalu depan mata pun buat tak nampak...pengalaman beb.....

    BalasPadam
  16. as'salam bro..

    wahh pertua bagus nie thanks brooo

    BalasPadam
  17. nasib kome mentain lagi...jaga makan...jogging...

    jangan duduk lama2 depan laptop perut nanti perut terkepit tu yg jdi boroi hehehee

    BalasPadam
  18. As salam..
    Petua yg bagus ni tp my hubby masih maintain lg buat masa ni, mgkin selalu exercise kot.
    Petua ni boleh jadikan panduan utk tahun2 akan datang.
    Pada yg belum dapat pingat PJK, boleh selalu exercice 2-3 kali seminggu.

    BalasPadam
  19. Dilema lelaki memang perut maju kedepan.. aku pon dah mula nak masuk persatuan ni.. hehehe.. ni semua dek gara2..makan tido..makan tido je

    BalasPadam
  20. Salam Zul, terima kasih kunjungan anda ke blog saya...

    kita semakin berumur semakin nampak 'hensom' betul kan?...angguk kepala jelah haha...

    thnks bagi petua tu..cm senang ja nak buat...Mrs kata ok ja boroi!! apa nk di kata lagi!

    -------------------------------------------

    Ucapan T.Kasih atas doa dan keperihatinan anda kpd keluarga aruah adik saya..semoga mendapat kerahmatan oleh Nya.

    BalasPadam
  21. salam
    petua terbaik, zul
    limau kasturi pun bukan payah sangat nak cari
    tunggu rajin atau tidak je lagi

    BalasPadam
  22. Dulu memang selalu masak guna minyak zaitun, dah 6 bulan habis, perut memang makin buncit ni.... Hahahahaha....

    PS: true story tu aaaa....

    BalasPadam
  23. Lelaki pun sama mcm pompan, kalu dia suka tgok mereka cantik, lansing, lelaki kenalah jaga perut, mmg hilang kehenseman seorang lelaki bila berperut boroi!
    Lagi satu punca boroi org kata sebab minum teh tarik banyak, pasni kurangkan teh tarik!

    BalasPadam
  24. lagi satu. kena tukar prinsip makan iaitu makan untuk hidup. bukan hidup untuk makan. hehehe... dua2 tips ni saya baru tau. terima kasih kongsi.

    BalasPadam
  25. 1)Ada perempuan suka suami dia perut boroi tahap bunting per???? depa kata syok leh wat bantal....hahahahah...
    2) Perut boroi OK per???? xyah susah2 seterika baju pun dah nmpak kemas(sendat kat perut, baju tertarik cekang, x nmpak kedut baju....!!!)

    BalasPadam
  26. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  27. Salam Sdra,

    Eh.. syok apa suami perut buncit. Boleh peluk2,lagi empuk drp bantal. Bila gurau2 boley cucuk2 perut dia tu.ehek.. Bila perut kita terbuncit sikit(bukan mgandung), dia tak boleh komplen lebey2

    jom belajar buat macaron

    BalasPadam
  28. agak 'terasa' membaca tajuk entri ni.. ;)
    nak cuba jugak petua tu

    BalasPadam
  29. hehehe suka baca bab petua2 ni...suami akak pun da muncit da...kalau petua limau ngan kapor ni nampak gaya akak yg kena lumor kat perot dia ni...nak tunggu dia wat sendiri tah bila taun la...mekasih yea..nnt akak try kalau da flat akak bg tau erkk....:D

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama29 April, 2011

    husband mmg perut boroi..lps mkn suka baring smbil tgk tv...cam ne nak wat ye..

    BalasPadam
  31. terima kasih en.zul...da bnyak petua saya ikuti...tapi hasil nye...kurang...lau ade petua berkenaan cara nak hilangkan lemak tepu juga bolah la dikongsi bersam ea...petua nie akan saya cuba..nice information...

    BalasPadam
  32. Salam,

    Untuk hilangkan perut buncit,kena la rajin buat senaman atau bersukan sekurang 4kali seminggu...kurangkan makan nasi,seboleh makan malam sebelum pukul 8.00mlm...

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama24 Ogos, 2012

    humm.takut tahap dewani..perut mara kedepan...mcm na ni..terboroi...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog